berita

“Jangan Picit Jerawat”- 4 Cara Hilangkan Jerawat Dengan Cepat

April 26th, 2019 | by Fella Zainal
Kini Trendy

jangan picit jerawat

Sebenarnya jerawat ni perkara biasa je chuols, 85% orang pernah ada jerawat tau. Tapi yela kan kalau ada jerawat ni sis faham, mesti rasa macam nak marah je annoying punya pasal. Dah lah esok nak pergi dating kan? :p So nah cara hilangkan jerawat dengan cepat.

1. Tea tree oil

tea tree oil

Sis nak share bagi siapa yang tak tahu, tea tree oil ni terkenal tau membantu melawan kuman dan keradangan pada kulit korang. Tea tree oil ni juga 4 kali ganda lebih berkesan untuk mengurangkan jerawat. Lepas ni korang boleh standby satu kat rumah, kot-kot jerawat menggila :p

2. Essential oil

essential oil

Selain tea tree oil, korang boleh juga guna essential oil yang lain. Depends juga atas kulit korang mana yang sesuai. Sebagai contoh lah, minyak pati kayu manis, rose, lavender dan cengkeh juga boleh melawan kuman yang menjadi punca jerawat. Tengok mana yang sesuai tau!

3. Letak green tea kat kulit korang

green tea

Haa ni sis tahu ramai suka minum green tea kan? Nak-nak kalau green tea Starbucks punya kan? Minum green tea memang bagus untuk kesihatan dalaman dan juga luaran. Tapi selain minum, korang boleh jugak guna uncang atau serbuk green tea tu untuk diletakkan pada jerawat yang nakal tu. Eee!

4. Gunakan gel aloe vera sebagai pelembap

aloe vera gel

Korang mesti tahu kan pelembap sangat penting untuk kulit kita. Tak kisah lah korang kulit jenis apa pun. Berminyak ke kering ke korang wajib pakai moisturizer. So kalau muka ada jerawat, korang boleh guna gel aloe vera tu sebagai moisturizer, best pun best tau!

done share

Yay, sis Katy done share cara nak hilangkan jerawat dengan cepat. Boleh lah korang guna cara ni kalau emergency kot-kot esok nak jumpa crush kan. Tak kan nak tipu cakap tu tahi lalat pula kan? Hahaha :p Goodluck gals!

Macam biasa, jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.