berita

6 ‘Dosa’ Yang Selalu Kita Buat Pada Kulit Muka Tanpa Sedar. Banyak Mana Korang Buat?

September 10th, 2019 | by FITRI JAMARI
Kecantikan

Sedar tak selama ni kita treat kulit wajah dengan cara yang salah. Sebab tu muka asyik naik jerawat, kulit jadi kusam, lagi teruk bila breakout. Erghh!! Nak meraung rasa. Kalau korang tak sedar dosa apa yang dah korang buat pada kulit muka, better baca sampai habis ye!

1. Tak guna SPF

Cahaya UV sangat berbahaya kepada kulit muka kalau terdedah terlalu lama. Ia boleh menyebabkan sunburn, kedutan, rosakkan kolagen semula jadi muka dan lagi worst ialah kanser kulit. Haaa takut kan? So, WAJIB pakai sunscreen setiap hari ye. SETIAP HARI!

2. Basuh muka dengan air panas. Serius ahh??

Air panas tak bagi sebarang kebaikan pun dekat kulit muka. Buatkan kulit muka jadi lagi kering tu adalah. Tapi, kalau steam muka untuk buka pori muka dan keluarkan kotoran itu takde masalah. Untuk cuci muka, seeloknya korang guna air suam okay.

3. Tidur dengan make up. Big NO!

Bila penat sangat balik dari kerja tu kadang sampai make up pun tak sempat nak cuci. Terus je tidur kan? Tapi, korang tahu tak potensi untuk jerawat beranak pinak esok pagi tu adalah 100% tinggi! Malas atau penat macam mana sekali pun jangan tak basuh make up tu.

4. Pakai produk pemutihan

Orang kita ni obses sangat nak kulit putih. Tak tahu lah apa yang special sangat kalau berkulit putih ni. Whitening product especially jenis krim ni sangatlah berbahaya untuk kulit muka. Kalau ada antara korang yang pakai better stop sekarang.

5. Guna face mask setiap hari pun tak okay

Kalau ye pun nak cantik janganlah buat kerja gila nak pakai face mask tiap hari sis oiii! Boleh kering kulit muka tau tak. Nanti jerawat tumbuh, bising kata produk muka tak sesuai lah apa lah. Pakai seminggu 2 kali je dah cukup.

6. Basuh muka bila muka berminyak

Ingatkan kalau muka berminyak kena selalu basuh muka, rupanya tak! Sis selalu tau buat macam ni. Patutlah muka selalu naik jerawat. Bila kerap basuh muka, kulit akan hilang lembapan semula jadi dan automatik muka akan hasilkan lagi banyak minyak dari apa yang kulit muka perlukan.

Apa pun korang jangan lupa untuk like dan follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan terkini tentang makeup, fashion dan lifestyle wanita!

The following two tabs change content below.