
Seorang individu meluahkan rasa kagum dengan pelakon dan usahawan Fazura yang memiliki kecantikan luar biasa di usia awal 40-an.
Artikel Berkaitan: ‘Bercinta Sepatutnya Selepas Kahwin’ – Que Haidar Perjelas Status Hubungan Bersama Fazura
Artikel Berkaitan: Fazura Tumpang Bahagia Baca Luahan Isteri Dapat Duit Raya Dari Suami – ‘RM5 Pun Gembira, Apatah Lagi’
Kecantikan luar biasa
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu memaklumkan bahawa dia bertemu pelakon berusia 43 itu namun terlalu terpesona dengan kecantikannya untuk ditegur.
Tadi terkejut sangat bila Fazura lalu depan saya.
Saya sangat malu nak tegur dan hanya senyum.
Depan-depan Fazura sangat lawa.
Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian seorang lagi pengguna Threads yang akui kecantikan Fazura yang luar biasa semasa ditemui di lapangan terbang.
Menurut individu tersebut, dia sering bertemu selebriti antarabangsa namun kecantikan pelakon filem Pisau Cukur itu ternyata sukar untuk ditandingi.
Memang Fazura sangat cantik. Kali pertama saya nampak dia di lapangan terbang. Kebetulan kami satu penerbangan pergi dan balik Jakarta.
Orangnya kecil saja dan jauh lebih jelita di depan mata. Kamera memang tak mampu nak menangkap kecantikan sebenar Fazura.
Jantung saya berdegup kencang. Sedangkan saya dah biasa berjumpa selebriti Hollywood seperti keluarga Angelina Jolie dan Brad Pitt di resort Caribbean saya.
Angelina Jolie memang cantik tapi biasa saja sebagai selebriti.
Tapi bila jumpa Fazura, bergetar jantung.
Sumber: Threads @nolieomac








