berita

6 Expectations Hidup Yang Korang Impikan. Tapi Hakikatnya…

November 22nd, 2017 | by Noraniza
Kini Trending

Sudah menjadi adat dan lumrah manusia yang suka enjoy je bila dah settle sesuatu kerja. Padahal kerja yang lain banyak lagi nak kena buat, tapi amboih dia punya happy macam boleh buat kenduri! Lebih-lebih lagi untuk yang sudah mula atau dah lama bekerja tu.

Ini beberapa perkara ‘Expectation Vs Reality’ yang berlaku sebenarnya bila korang terlupa yang korang masih belum settle kan benda yang tertunggak!

1. Expectation: Dah habis paper pertama untuk final exam, so ENJOY!

Realiti: Masih ada paper subjek lain yang belum diambil dan banyak lagi masa diperlukan untuk belajar. Ohh.. fikir nak enjoy je eh!

2. Expectation: Planning nak pergi bercuti sana sini dengan kawan-kawan

Realiti: Punyalah plan nak pergi keliling Malaysia dengan bestfriends, konon dah dapat gaji. Bila korang check cuti kat office dah habis bro! Jangan berangan la nak pergi sana-sini. Kerja je sampai hujung tahun, tunggu cuti next year je ok? Haha

3. Expectation: Nak apply kad kredit, senang untuk shopping!

Realiti: Ada banyak lagi pinjaman peribadi, pinjaman pembelajaran dan sebagainya yang korang masih belum settle. Amboi dah berani nak apply kad kredit eh! Check balik expenses bulanan korang, cukup tak gaji tu untuk bayar semua benda? Ha penting tau ni!

4. Expectation: Bila nampak orang tukar kereta baru, kita pun nak jugak

Realiti: Hakikatnya, hutang kereta lama pun tak habis bayar lagi. Ada hati nak tukar kereta baru. Tak pikir pulak kos-kos dan keperluan lain.

Anak-anak masih bersekolah, anak kecil yang masih perlukan segala jenis keperluan asas setiap bulan. Anak-anak yang belajar di Universiti perlukan wang perbelanjaan yang cukup setiap bulan jugak tau.

5. Expectation: Kumpul aset untuk masa depan anak dan cucu

Realiti: Bil wifi pon culas-culas bayar. Ni kan pulak nak bayar hutang beli aset. Haaa! Yang muda-muda dulu ada meminjam dengan bank, tapi sampai ke tua masih belum settle. Selesaikan dulu yang mana patut.

Korang kena sedar yang tabungan untuk kumpul aset dan pendidikan perlu bermula dari awal dengan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i Plus) Ini adalah satu skim atau pelan simpanan yang disediakan untuk penabungan pendidikan yang tinggi untuk masa depan yang terjamin.

Nak tahu lebih tentang keistimewaan SSPN-i Plus? Boleh baca artikel ini: Keistimewaan SSPN-i Plus

6. Expectation: Nak bercuti ke luar negara. Amsterdam, Paris, London dan macam-macam lagi!

Realiti: Kononnya bosan bercuti dalam negeri, nak keluar negara lah pulak baru ada feel bercuti! Dah book tiket, dah buat visa, semua dah settle tapi bila hari nak pergi tu, halamak tersangkut kat airport. Rupa-rupanya terlupa bayar PTPTN…… Bahaya ni!

Nak beli macam-macam, apply kad kredit dan sebagainya – Hutang PTPTN masa belajar dulu dah settle ke?

Haaaaa, macam-macam planning eh nak beli asset la, nak beli kereta baru la, nak apply kad kredit la, beli itu ini.. Loan masa belajar dulu dah settle belum? Dah lama habis belajar pun masih berhutang dengan PTPTN sampai sekarang. Jadi, admin sarankan apa kata korang bayar dulu hutang yang dah lama tertunggak sebelum fikir untuk buat macam-macam dengan duit korang tu. Tak baik tau hutang tak dibayar!

Bajet 2018 PTPTN menawarkan insentif terbaik untuk semua peminjam dan rakyat Malaysia. Menarik ni!

1. Diskaun Bayaran Balik Dilanjutkan

Pemberian diskaun sebanyak 20% atas baki hutang untuk peminjam yang ingin membuat bayaran penuh bermula 27 Oktober 2017 sehingga 31 Disember 2018 layak untuk mendapatkan insentif ini.

Bukan itu sahaja, diskaun 10% juga akan diberikan kepada peminjam yang ingin membayar balik sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

Untuk yang lebih prefer untuk membuat bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit pun akan mendapatkan 10% diskaun, bayaran mengikut jadual yang ditetapkan.

NOTADiskaun yang diberikan tidak akan mengurangkan ansuran bulanan tetapi mengurangkan baki hutang keseluruhan sahaja.

2. Insentif Khas Geran Sepadan SSPN1M

Selain daripada diskaun, terdapat juga insentif khas Geran Sepadan Skim Simpanan Pendidikan Nasional Satu Malaysia (SSPN1M) sebanyak RM250 juta disediakan kepada lebih 500 ribu pencarum yang berumur 7 sehingga 12 tahun.

Mereka juga layak untuk mendapatkan sebanyak RM500 bila menyimpan dengan SSPN-i Plus! Simpanan tersebut boleh dikeluarkan bila dah mencapai umur 18 tahun.

SSPN-i Plus menawarkan lebih banyak keistimewaan yang seharusnya direbut sebagai pelan penabungan terbaik untuk anak-anak kita di masa akan datang.

3. Pelepasan Cukai Taksiran Pendapatan

Bukan itu sahaja, insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM12,000 setahun akan diteruskan bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional Satu Malaysia (SSPN1M). Tempoh pelepasan cukai pendapatan individu ini juga akan dilanjutkan sehingga 2020.

Apa yang lebih menarik lagi bila anda mempunyai akaun SSPN-i Plus ini kerana ianya merupakan produk simpanan yang dilengkapi dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif  yang mengguna pakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.

4. Kenaikkan Jumlah

Oh ya, kenaikan jumlah pinjaman maksimum akan diberikan kepadap pelajar dari keluarga B40 yang mengikuti kursus berkeboleh-pasaran tinggi dengan peruntukan sebanyak RM200 juta.

5. Grace Period

Ini salah satu perkara yang akan membuatkan korang semua happy! Seperti yang kita tahu, tempoh bayaran balik yang ditetapkan daripada 6 bulan telah dinaikkan kepada 12 BULAN setelah peminjam tamat pengajian. Wohoo! Siapa tak happy kan?

Ye lah, mungkin ramai graduan yang masih belum mendapat kerja yang tetap lepas tamat pengajian, pelanjutan tempoh bayaran balik (Grace Period) ini amatlah membantu. Tapi bayar tau jangan tak bayar pulak lepas tempoh tu!

Menarik bukan? Kalau korang masih belum ada akaun SSPN-i Plus ni, ikuti langkah di bawah:

  • Melalui SSPN-i Plus Online
  • Ejen Online PTPTN
  • Kaunter PTPTN
  • Eksekutif Pemasaran PTPTN

NOTA: Tiada dokumen sokongan diperlukan.

TERIMA KASIH, PTPTN!

Kalau korang nak tahu, pada 1 November 2017 baru-baru ini, genap 20 tahun PTPTN telah menyumbang kepada masyarakat dan PTPTN akan terus memberikan yang terbaik untuk pelanggan. Jadi, kita sebagai peminjam janganlah lupa untuk bayar balik pinjaman yang telah diambil ya. Baru berkat sikit apa yang kita belajar selama ni! :)

Semakan penyata pinjaman boleh dibuat dengan memilih ikon Semakan Penyata Pinjaman di Portal Rasmi PTPTN atau hubungi talian Careline di 03-2193 3000 untuk maklumat lebih lanjut!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×