berita

6 Juara Berentap Di Final Anugerah Carta 114! Fitri Haris & InTeam Antara Persaing Sengit

January 12th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

TV Alhijrah

TV AlHijrah buat julung kalinya akan menerbit dan menyiar secara langsung Anugerah Carta 114 pada 13 Januari, tepat jam 9 malam, dari Studio Penyiaran Digital TV AlHijrah.

Artikel Berkaitan: Al Maqari Nafi Muncul Juara Sebab Pengacara Program Pentas Marhaban – ‘Sepanjang Saingan Kami Bersifat Profesional’

Artikel Berkaitan: TV Alhijrah Lancar Program ‘Percuma Jer’, Berikan Sample Produk ‘Free’ Kepada Penonton!

Anugerah Carta 114

TV Alhijrah

Anugerah Carta 114 merupakan sebuah platform pengiktirafan yang memberikan penghormatan kepada bakat penggiat seni terbaik dalam industri nasyid dan lagu ketuhanan Malaysia.

Menurut Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Kandungan TV AlHijrah, Zulkarnaen Mokhtar, Anugerah Carta 114 (AC114) musim pertama ini dibuat bagi menghargai karya para penasyid, penulis lagu, pemuzik video serta para penonton setia.

Enam kategori utama telah dipertandingkan sepanjang rancangan Carta 114 mula disiarkan setahun yang lalu. Kategori tersebut adalah Artis Solo Pilihan, Artis Kumpulan Pilihan, Lirik Terbaik, Muzik Video Terbaik, Susunan Muzik Terbaik dan Lagu Pilihan Peminat.

Penonton diberi kuasa penuh untuk memilih pemenang mingguan menerusi undian kod QR dan pautan yang dikongsi di kaca televisyen pada setiap episod siaran rancangan ini.

Pada minggu ke 39 siaran, Jalal Zaiki selaku hos rancangan telah mengumumkan pemenang 6 kategori utama yang layak berentap di pentas akhir AC114.

Tambah Zulkarnaen, undian penonton telah memuktamadkan Shidee Khayran sebagai pemenang kategori Artis Solo Pilihan. Manakala Artis Kumpulan Pilihan pula dimenangi oleh InTeam dengan lagu Selimut Putih.

Selain itu, Ustaz Tiga Beradik yang menyampaikan lagu Si Bujur Sireh menjuarai kategori Lirik Terbaik.

Tiga kategori berbaki iaitu Muzik Video Terbaik, Susunan Muzik Terbaik dan Lagu Pilihan Peminat Lagu digondol Fitri Harris dengan lagu Hanya kamu, One Path dengan penampilan Nazrey Johani menerusi lagu Laila Majnun dan Darwish dengan lagu Linangan Laduni.

Kemuncak pada Sabtu ini (13 Januari), kesemua juara enam kategori ini akan berentap membuat persembahan terbaik bagi memenangi tiga kategori anugerah utama.

Juara Anugerah Carta 114 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 20,000 berserta trofi. Bagi pemenang vokal terbaik dan pemenang persembahan terbaik pula, masing- masing bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi.

Manakala pemenang Anugerah Khas Carta 114 akan membawa pulang RM5,000 dan trofi. Kesemua finalis akan diadili juri professional iaitu Farihin Abdul Fatah selaku ketua juri dan dibantu Amran Omar dan Lah Ahmad.

Sementara itu, penyanyi Fitri Harris, yang juga anggota kumpulan nasyid UNIC, ternyata teruja apabila lagu Hanya Padamu dendangannya diundi penonton bagi kategori Muzik Video Terbaik.

Anugerah Carta 114 turut dimeriahkan dengan persembahan Madley oleh Aris Ariwatan, Amir Ukays dan Syafiq Farhain. Kumpulan nasyid terkemuka Raihan turut membuat persembahan.

SKIP THIS AD ×