Tindakan pelawak, Fad Bocey memuat naik perbualan bersama sahabat, allahyarham Abam Bocey di media sosial miliknya menyorot perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fad Bocey Kecil Hati Dengan Industri Hiburan, Akui Perlu Ada Inisiatif Lain Demi Kelangsungan Hidup

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Terkilan Sebab Tak Dapat Mandi, Kafankan & Peluk Arwah’ – Fad Bocey Rindu Abam

Kenang sahabat

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Muhammad Fadzlie Mohd Nizam berkongsi rakaman video bersama Abam dan seorang lagi sahabat mereka iaitu Achey.

Difahamkan, pada ketika itu mereka sedang membincangkan waktu untuk bergerak menaiki kapal terbang.

Sepanjang perbualan itu, suara Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan dapat didengar dengan jelas malah mereka sempat bergurau senda sesama sendiri.

6 tahun dah kau (Abam) tinggal kami, sahabat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai tidak dapat menahan sebak apabila mendengar perbualan mereka selain meluahkan rasa rindu terhadap Abam.

Segelintir mereka turut menitipkan doa buat pelawak itu agar rohnya dicucuri rahmat.

Sekadar info, Abam menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Komen netizen

Sumber: Threads