

Sekurang-kurang tujuh bayi maut dalam satu kebakaran di bangunan sebuah hospital kanak-kanak di New Delhi, India pada malam Sabtu.
7 bayi maut akibat kebakaran

Memetik laporan India Today, seramai 12 bayi telah ditempatkan di hospital berkenaan namun lima bayi berjaya diselamatkan dan telah dipindahkan ke hospital lain untuk rawatan lanjut.
Hasil siasatan awal mendapati, kebakaran tersebut dipercayai berpunca daripada letupan silinder oksigen di hospital berkenaan.
Namun, pemilik fasiliti kesihatan tersebut melarikan diri susulan insiden berkenaan.
Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan dan pemilik hospital berkenaan bakal didakwa di bawah seksyen 336 (membahayakan nyawa serta keselamatan diri orang lain), 304A (kematian kerana kecuaian) dan 34 (aktiviti jenayah).
Sumber: India Today





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)