berita

7 Tahun Menanti Anak Kedua, Isteri Zed Zaidi Selamat Lahirkan Bayi Kembar

June 19th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pelakon dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, 39, telah selamat dikurniakan anak kembar perempuan semalam. Menerusi Harian Metro, dia bersyukur kepada Allah SWT atas kurniaan rezeki walaupun dirinya dan isteri tidak mempunyai sejarah kembar.

Ini kehamilan secara semula jadi

Isterinya, Natalia Mustafa Kamal selamat melahirkan bayi seberat 3.15 kilogram (kg) dan 2.7 kg pada jam 1.33 petang dan 1.34 petang di sebuah pusat perubatan di Damansara.

Dalam keluarga kami memang tidak ada kembar. Kembar kami adalah yang pertama dan saya anggap rezeki yang tidak terhingga. Alhamdulillah, Allah berikan dua terus selepas tujuh tahun menanti kelahiran anak kedua. Ramai cakap kami menggunakan teknik IVF, tapi tidak. Ini kehamilan secara semula jadi.

Sepanjang kehamilan isterinya, dia menjaga pemakanan dan pengambilan ubat supaya dapat mengelak dari sebarang komplikasi. Di turut memberitahu bahawa dia menasihati isterinya untuk tidak berkongsi perkara itu di laman sosial sehinggalah dia selamat bersalin.

Pemeriksaan awal, doktor tak cakap kembar

Ketika pemeriksaan awal di klinik, doktor tak cakap pun kembar. Mungkin sebab yang lagi satu tidak dapat dikesan. Selepas usia kandungan tiga bulan, kami ke hospital pula.

Terkejut apabila diberitahu berlaku pendarahan kecil yang memungkinkan seorang lagi bayi lagi tidak boleh bertahan. Saya bertanya maksud ‘lagi seorang’ dan doktor beritahu isteri hamil bayi kembar.

Waktu itu memang teruja dan sangat gembira. Saya menjaganya dengan baik termasuk pemakanan dan pengambilan ubat yang disyorkan doktor. Saya juga tak bagi isteri muat naik di Instagram dan biar sampai jadi. Ini bagi mengelakkan kecewa jika berlaku sebaliknya.

Alhamdulillah, sepanjang kehamilan isteri dan bayi dalam kandungan sihat hinggalah selamat dilahirkan semalam.

Zed juga berkata dia menemani isterinya dari awal hingga selesai proses pembedahan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×