berita

7 Tips Kekal Cergas & Bertenaga Semasa Memandu Balik Kampung Raya Nanti

May 29th, 2019 | by Amat
Kesihatan & Hidup Aktif

Setiap kali menjelang musim perayaan pasti ramai anak perantauan akan pulang ke desa bertemu dengan keluarga tercinta. Masing-masing mengambil kesempatan ini untuk bertemu keluarga tersayang.

Seperti yang kita ketahui, tibanya hari raya pasti banyak kenderaan akan berpusu pulang ke kampung halaman. Malah, tahun ini dijangkakan lebih dari 1 juta kenderaan dari pusat bandar Kuala Lumpur masuk ke negeri di Pantai Timur. Waktu beginilah setiap pemandu akan rasa cepat letih dan tidak bermaya ketika memandu dalam keadaan sesak.

Kalau memandu dalam keadaan tidak bermaya dan letih, berisiko besar untuk diri kita dan keluarga terlibat dalam kemalangan. Jadi, di sini kami kongsikan kepada anda 7 tips kekal cergas semasa memandu pulang ke kampung tercinta.

1. Dapatkan tidur yang secukupnya

Di bulan puasa ini, badan kita akan cepat terasa lesu dan tidak bermaya. Tambah pula dengan cuaca panas yang membuatkan badan kita memerlukan mineral secukupnya. Jadi, sebelum memulakan perjalanan jauh untuk pulang ke kampung, pastikan anda dapat rehat atau tidur yang secukupnya sekurang-kurangnya 2 malam sebelum pemanduan.

Elakkan juga memandu ketika jam 1 hingga 3 pagi sebab selalunya badan dan mata kita akan mula merasa mengantuk ketika itu. Lagi-lagi kalau korang jenis yang tidur awal.

2. Elak memandu di waktu puncak

Kami hendak nasihatkan kepada anda supaya rancang perjalanan terlebih awal. Maklumlah, masa raya begini memang ramai akan berpusu-pusu pulang ke kampung. Bagi mengelakkan dari kesesakan lalu lintas, sebaiknya keluarlah rumah selepas Subuh. Time macam ni tak banyak kereta lagi. Jadi, perjalanan anda pun lancar untuk sampai ke destinasi yang dituju.

3. Check kereta terlebih dulu

Masa di atas jalan raya banyak sangat kenderaan tersidai di bahu jalan. Tambah pula masa kesesakan dan banyak kenderaan. Kereta anda juga berpotensi mengalami suhu tinggi dan menjadi punca lalu lintas sesak. Dah jadi satu hal!

Jadi, sebelum memulakan perjalanan yang jauh pastikan kondisi kenderaan anda dalam keadaan baik. Periksa air, minyak pelincir, isipadu angin tayar kereta dan sebagainya. Sebagai persediaan kecemasan, pastikan juga peralatan repair seperti jumper dan sebagainya.

4. Pastikan minum air secukupnya

Jangan lupa untuk amalkan air mineral atau air putih secukupnya. Sebab air mengandungi molekul H2O yang sangat sesuai untuk badan anda menghasilkan tenaga harian. Sekurang-kurangnya air juga dapat menghilangkan rasa dahaga di tekak anda.

5. Standby makanan dan minuman

Makanan seperti kudap-kudapan memang wajib ada dalam kereta! Sebab time bosan semasa memandu, anda boleh menikmati kudapan untuk kembali fokus pada pemanduan. Pastikan gula-gula juga ada di dalam kereta ye. Kandungan gula dalam manisan itu dapat memberi tenaga kepada anda untuk sentiasa kekal cergas semasa memandu.

Kalau nak lebih kekal aktif, jangan lupa standby siap-siap air 100PLUS atau RedBull. Kandungan gula dalam minuman ini sekurangnya dapat membekalkan anda tenaga berpanjangan.

6. Hiburkan hati anda

Selalunya kalau kita pulang ke kampung bersama keluarga atau rakan, pasti mereka ini akan terlelap sepanjang jalan. Perjalanan yang jauh ditambah pula dengan jalan sesak membuatkan fokus mereka untuk temani pemandu akan hilang. Sebagai pemandu, anda perlu bersedia dengan keadaan ini.

Jadi, sediakan playlist lagu kegemaran anda dalam pendrive untuk dimainkan sepanjang perjalanan itu. Bukan tak boleh pasang radio, boleh… Tapi kan best kalau dengar lagu yang kena taste dengan halwa telinga kita. Nyanyi sekuat hati, biar penumpang dalam kereta terbangun dan nyanyi bersama.

7. Buat perancangan untuk berhenti di RnR

Kalau dah mata anda dah betul-betul letih dan badan tidak bermaya, jangan paksa diri untuk teruskan perjalanan tu ye. Singgahlah ke mana-mana RnR untuk basuh muka dan rehat seketika. Anda juga boleh tidur di gezebo atau menikmati makanan ringan di kiosk-kiosk makanan.

Jadi, pastikan anda membuat segala persiapan termasuk diri dan kenderaan anda tau. Segala perkongsian tips yang diberikan ini perlu diamalkan untuk mengelakkan berlakunya kemalangan di jalan raya. Hati-hati semasa memandu pulang ke kampung ye! Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami OhBulan!

SKIP THIS AD ×