berita

[VIDEO] Hafiz Mahamad ‘Sponsor’ 10 Buah Bas Untuk Pulang Berhari Raya – ‘Harap Dapat Membantu Ramai Sahabat Yang Memerlukan’

March 21st, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Seperti yang kita tahu, usahawan sensasi iaitu Hafiz Mahamad gemar untuk bersedekah dan membantu yang memerlukan lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.

Sedar tak sedar, tahun ini merupakan tahun yang keempat usahawan tersebut menaja perkhidmatan bas buat mereka yang memerlukan untuk pulang ke kampung halaman.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Mahamad Hulur Cek Bernilai RM30,000, Bantu Keluarga Rumah Hangus Dijilat Api

Ikhlas kerana Allah

Terbaharu, Hafiz atau nama sebenarnya Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad memaklumkan bahawa dirinya sudah pun membayar 10 buah bas buat mereka yang memerlukan menerusi satu hantaran di TikTok.

Menurut Hafiz, di kala ramai orang yang teruja untuk membeli pakaian baharu, masih ada insan yang tidak berkemampuan untuk pulang ke desa menyambut Aidilfitir bersama sanak-saudara yang lain.

Saya dah bayarkan 10 buah bas untuk anda yang memerlukan balik beraya di kampung dan tahun ini merupakan tahun yang keempat kita ‘sponspor’.

Kita buat ini sebab masih ada di kalangan kita yang tak fikirkan pasal baju raya sebaliknya mereka fikir, ‘Cukup tak duit nak beli tiket untuk balik raya nanti?’

Tambah Hafiz, sekiranya 10 buah bas itu tidak mencukupi, dia bercadang untuk membayar beberapa buah bas lagi bagi membantu mereka yang tidak berkemampuan.

Kalau terlalu ramai dan tiket habis, insya-Allah saya akan tambah bas lagi.

Harap dapat membantu ramai sahabat yang memerlukan, jangan cancel sat akhir dan book main main, kesian saya nanti.

Di akhir hantaran tersebut, Hafiz berharap wargamaya mendoakan agar perniagaannya terus maju supaya dirinya dapat terus membantu mereka yang memerlukan.

Awak semua doakan saya supaya rezeki melimpah ruah dan harap anda semua gembira.

Saya ikhlaskan dan niatkan apa yang saya buat ini kerana Allah, semoga kita terus bersahabat baik. Kejayaan demi kebahagiaan.

Video

@hafizmahamad “Saya dah bayar 10 bas untuk awak balik raya kampung tahun ni”. Baca caption bawah ni tau Saya faham, ada ramai sahabat yg “kewangan” dia tak mengizinkan. Izinkan saya cuba bantu apa yg boleh tau. Tahun lepas 10 bas kita sponsor & InsyaAllah untuk tahun ni, kita sponsor 10 bas juga untuk awak balik raya tau Harap dpt membantu ramai sahabat yg memerlukan. Jangan cancel last minit & book main main. Kesian saya nanti hehe. Baik kita bg peluang dkt sahabat yg memerlukan Bawah ni details “Balik Raya FREE bersama @AINAA 2024” Start esok (21 March 2024) dah boleh Book Ticket BAS PERCUMA JOM PULANG BERAYA BERSAMA AINAA SIRI 4 ? Tarikh: 7 April 2024 (Ahad) ?? Masa: 8.15 malam ??????? Tempat berkumpul: Seksyen 13, Shah Alam ?Destinasi: Serata utara, selatan & pantai timur CARA DAPATKAN TIKET: 1 . Layari eticketing.my 2. Pilih lokasi berangkat Seksyen 13 Shah Alam, bertarikh 7 April 2024, dan pilih destinasi masing-masing. 3. Pilih mana-mana seat yang masih available dan pastikan bus provider adalah KIFFAH 4. Masukkan nama, emel & contact number yang senang untuk dihubungi (pastikan anda guna kod BAS AINAA untuk menebus tiket percuma) 5. Anda akan menerima e-boarding pass di emel dan dalam masa beberapa hari lagi, team AINAA akan hubungi anda untuk guide cara ke lokasi berkumpul. BAS YANG DISEDIAKAN HANYA 10 BUAH SAHAJA. TEMPAT DUDUK ADALAH FIRST COME FIRST SERVE BASIS. TIADA LIMIT TIKET CUMA SETIAP KALI PEMBELIAN HANYA 5 ORANG SAHAJA PADA SATU MASA. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi team Admin Sahabat AINAA saya di +60 10-874 5663 . Harap bas ni semua penuh. Happy tak awak ? Saya nk baca comment awak Bagitau kawan kawan tau ! “Kejayaan Demi Kebahagiaan” 2023 : @Hafiz Mahamad ? original sound – Hafiz Mahamad

Sumber: TikTok Hafiz Mahamad

SKIP THIS AD ×