berita

8 Aktiviti Outdoor Menarik Yang Korang Boleh Buat Di Pulau Pinang Bersama BFF Weekend Ini!

June 19th, 2019 | by Amat Larbsib
Travelogue

Bila sebut sahaja Pulau Pinang, pasti ramai antara kita akan terbayang keenakan roti canai, pasembor dan nasi kandar. Tidak cukup dengan itu, jika anda seorang kaki travel anda boleh menikmati pelbagai lagi destinasi menarik ini di sana.

Oleh itu, kami kongsikan kepada anda 8 destinasi outdoor yang menarik di Pulau Pinang dan senarai destinasi ini sangat sesuai buat kaki travel dan lasak.

1. Monkey Beach

Monkey Beach (Pantai Monyet) terletak di Penang National Park dan menjadi salah satu tarikan pelancong ke Pulau Pinang. Di sana juga anda berpeluang menikmati panorama pantai dengan kehadiran sekumpulan monyet.

Selain itu, anda juga dapat melakukan aktiviti sukan air di sana selain makan angin menaiki bot atau mendaki (jungle tracking). Pastikan aktiviti sebegini dilakukan bersama rakan-rakan anda.

Alamat: Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

2. The Gravityz

The Gravityz menawarkan pengalaman yang luar biasa dan aktiviti lasak ini melibatkan sukan seperti flying fox dan slow walk pada ketinggian 239 meter di bangunan Komtar. Terdapat 6 cabaran yang disediakan termasuk Confidence Path, High Bench, A Great Brigde, X-Point, Z-Wire dan G-Rocky.

Harga tiket untuk menyertai permainan ini sangat berpatutan hanya dengan RM199.00 sahaja. Terdapat 4 sesi masa iaitu pada jam 10.00 pagi, 11.00 pagi, 12.00 tengah hari dan 1.00 petang.

Alamat: 65 Floor, Jalan Penang, the top @komtar, 10000 George Town, Pulau Pinang.

3. Countryside Balik Pulau

Di Countryside Balik Pulau anda berpeluang menunggang kuda peliharaan di sini. Anak kecil anda juga dapat menunggang kuda kerdil di sini. Selain itu, anda juga boleh memberi jerami padi untuk makanan kuda. Kawasan ternakan kuda di sini sangat bersih dan dijaga rapi oleh tuannya.

Harga untuk menunggang kuda di sini juga sangat berpatutan. Tiket masuk bagi remaja ialah RM 10.00 manakala kanak-kanak cuma RM 5.00 sahaja.

Alamat: Lot 10050, Jalan Sungai Burung, Kampung Sungai Burung, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.

4. Longest Forest Trail Teluk Bahang

Ingin merasai cabaran hiking yang sangat awesome? Anda perlu ke Teluk Bahang! Track untuk hiking di sini terdapat cabaran Medium dan High. Di sini juga anda perlu menguji kemampuan tenaga dan stamina.

Jika anda ke sini, pastikan anda menyediakan peralatan hiking yang lengkap termasuk botol air dan kompas. Anda boleh bermula seawal 8.00 pagi di Taman Rimba Teluk dan tamatkan pengembaraan di Bukit Bendera kira-kira jam 4.00 petang. Sangat mencabar!

Alamat: Taman Rimba Teluk, Pulau Pinang.

5. Saanen Dairy Goat Farm Balik Pulau

Saanen Dairy Goat Farm antara destinasi menarik yang boleh anda kunjungi. Antara aktiviti yang terdapat di sini ialah memberi makanan kepada kambing dan anda juga boleh menikmati susu kambing segar. Selain itu, anda juga boleh mengayuh basikal di sini juga sambil menghirup udara sedap di desa.

Alamat: 298 Mukim 1 Sungai Pinang, 11010 Balik Pulau, Penang.

6. Pantai Bora Bora

Pantai Bora Bora di Batu Ferringhi juga antara destinasi pelancongan yang wajib kunjungi. Berbekalkan penoraman pantai yang indah ditambah pula sewaktu tenggelamnya matahari ketika senja. Selain itu, anda juga boleh menikmati makanan seafood di restauran yang disediakan.

Kami menyarankan anda ke Pantai Bora Bora sewaktu senja dan melihat pemandangan indah ditemani bunyi pukulan ombak pantai. Selain itu, di sini juga terdapat servis berbayar sekiranya anda mahu menunggang kuda di tepi pantai.

AlamatLot 415, Jalan Batu Ferringhi, 11100 Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

7. Rama Rama Di Entopia

Sesekali mendekatkan diri anda dengan alam flora memang menakjubkan. Kunjungi Penang Butterfly Farm antara aktiviti yang boleh dipenuhi dalam jadual percutian anda. Selain rama-rama anda juga dapat melihat secara dekat serangga kecil dan Penang Butterfly Farm juga terdapat 2 bahagian untuk aktiviti iaitu indoor dan outdoor.

Alamat: No.830, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050, Pulau Pinang.

8. Empangan Teluk Bahang

Empangan Teluk Bahang siap dibina pada tahun 1999 dan menjadi lokasi terbaik untuk anda menikmati pemandangan dari darat ke laut. Malah, empangan ini seringan digunakan untuk sukan air dan tidak sesuai untuk berenang sebab ada obor-obor di dalam air. Di sini juga terdapat beberapa kilang batik untuk mengisi keperluan pasaran pelancong. Sangat sesuai untuk tenangkan fikiran anda yang sedang kusut itu.

Alamat: Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Penang.