berita

8 Daerah Sekitar Selangor Akan Alami Gangguan Bekalan Air Bermula 23 Julai Ini

July 16th, 2019 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Beberapa kawasan di daerah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air bermula 23 hingga 26 Julai ini.

Orang ramai disarankan untuk menyimpan bekalan air secukupnnya supaya tidak mengalami sebarang kesulitan dalam tempoh berkenaan.

Penambahbaikan loji

Menerusi laporan Sinar Harian, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd berkata, penutupan bekalan air itu bertujuan memberi laluan kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) yang akan dilaksanakan pada jam 9 pagi 23 Julai ini.

Tambahnya, pelaksanaan kerja-kerja tersebut sejajar dengan matlamat bagi meningkatkan kecekapan sistem bekalan air kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Kerja-kerja penambahbaikan ini akan menyebabkan hentitugas loji sepenuhnya. Oleh itu, beberapa kawasan di Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual.

Bergantung pada lokasi geografi

Menurut Pengurusan Air Selangor lagi, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air akan berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung pada lokasi geografi dan altitud premis pelanggan. Sebanyak 15 pusat khidmat setempat (PKS) akan diaktifkan pada jam 8 pagi, 25 Julai ini.

Pengguna boleh semak kawasan untuk dapatkan maklumat gangguan serta status terkini dengan memuat turun aplikasi  “Air Selangor’ di Google Play atau App Store. Maklumat tambahan yang lain boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang rasmi SYABAS.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×