berita

8 Makanan Thai Yang Lazat & Unik Anda Perlu Cuba Jika Berkunjung Ke Thailand

October 16th, 2018 | by Amat
MyResipi

Makanan Thailand merupakan salah satu hidangan yang paling unik di Asia Tenggara. Makanan Thailand juga menggabungkan berbagai rasa dalam setiap hidangan sehingga menjadi kegemaran setiap pelancong yang datang ke negara itu.

Di sini, admin senaraikan lima makanan asli Thailand yang sentiasa mendapat sambutan setiap pelancong ke negara itu.

Miang Kham

Miang Kham bermaksud ‘one bite wrap‘ dan merupakan makanan ringan tradisi gabungan Thailand dan Laos. Makanan ini telah diperkenalkan oleh Puteri Dara Rasmi sejak zaman pemerintahan Raja Rama V.

Buat pengetahuan anda, Miang Kham merupakan signature Thailand dan mendapat permintaan tinggi dari pelancong yang datang ke negara itu. Cara nak makan Miang Kham ini mudah saja, macam makan sirih!

Antara bahan yang diperlukan untuk makan Miang Kham ialah daun kaduk, hirisan bawang merah, halia, cili, udang kering, kacang, hirisan kecil limau nipis dan kuah cicah yang dibuat dari gula.

Pad kra phaw

Ini antara menu wajib anda cuba apabila ke Thailand. Phad kra phaw dihidang bersama sebiji telur mata, nasi putih dan daging ayam yang sudah dicincang bersama daun selasih (basil).

Menu ini dihidangkan dengan rasa pedas dan secukup rasa. Phad kra phaw adalah makanan rutin rakyat Thailand dan sangat mendapat permintaan dalam kalangan pelancong dari Eropah.

Pad Thai

Pad Thai juga antara menu yang popular dalam kalangan pelancong dan mudah untuk didapati. Hidangan ini mudah untuk didapati di sekitar pasar pagi, gerai makan kecil di tepi jalan (street foods) dan restoran.

Bahan utama dalam hidangan ini adalah koteaw bersaiz kecil (seolah seperti bihun), udang, telur, daun kuchai dan diperah sedikit limau nipas diatasnya. Admin yakin menu ini juga boleh menjadi salah satu menu Thailand kegemaran anda.

Khanom jeen nam ya

Di Malaysia, kita ada laksa sebagai signature asli makanan Melayu dan berbeza dengan laksa di negara Thailand. Menu Khanom jeen nam ya ini dimakan bersama sayuran secara mentah termasuk taugeh, kacang panjang dan daun pudin. Manakala laksa bersaiz lebih kecil jika dibandingkan dengan laksa Melayu kita.

Kuahnya masih dibuat daripada isi ikan tetapi ditambah dengan santan untuk rasa lemak dan sedikit kunyit bagi menaikkan warna kuning kuah. Jika mahukan lebih pedas, anda perlu makan Khanom jeen nam ya ini diselangi dengan gigitan cili kering yang telah di goreng. Memang terangkat habis!

Pramek Jang

Pramek Jang atau sotong bakar ini sangat popular di Thailand. Malah, mudah untuk anda dapati dan nikmatinya di sekitar pekan (street foods). Kekenyalan isi sotong ini pasti membuatkan anda terliur ditambah pula dengan rasa pedas sambal. Harga sebatang sotong ini sekitar 10 Baht (kecil) manakala 100 Baht untuk sotong bersaiz besar.

Aiskrim kelapa Thailand

Menu pencuci mulut ini pernah tular dan menjadi ikutan sesetengah kedai makan di Malaysia. Aiskrim kelapa Thailand sangat sesuai di makan selepas usai menikmati makanan berat. Kebiasaannya, aiskrim ini campur dengan santan dan dibuat sendiri oleh peniaga. Patutlah rasa lemak je aiskrim Thailand ni!

Selain asikrim santan dan hirisan isi kepala muda, terdapat beberapa topping seperti jagung, kacang dan buah manis untuk dinikmati bersama. Sangat sedap!

Som tam

Somtam antara hidangan sampingan Thai yang sangat pedas dan menyelerakan. Ianya boleh dinikmati bersama nasi putih dan pulut. Rasa yang pedas, masam dan manis pasti membuat anda bertambah selera.

Bahan utama hidangan ini ialah betik, kacang, udang kering, tomato, kacang panjang, cili, gula, sos ikan dan perahan air limau nipis. Admin nak syorkan, jangan makan somtam ketika cuaca panas… peluh mencurah tak henti-henti nanti.

Serangga goreng

Jika berjalan di sekitar street foods Thailand, anda akan dapat lihat peniaga aktif menjual serangga goreng. Serangga itu termasuk lipas, cengkerik, kumbang, kala jengking dan ulat. Serangga goreng ini boleh didapati dengan harga sekitar 20 hingga 50 Baht. Ini betul-betul rare, dan pastinya anda tentu tak berani nak makan, kan.

Sumber: Eating Thai Foods

SKIP THIS AD ×