
Kadangkala apa yang kita perlukan hanyalah sepotong kek untuk membuat hari terasa lebih bermakna.
Memahami hakikat itu, rangkaian kafe dan kek tempatan kegemaran ramai, Secret Recipe, tampil dengan kempen terbaharu bertemakan ‘Make Life Sweeter’, khas untuk menceriakan kehidupan harian rakyat Malaysia.
Kempen hujung tahun ini membawa mesej ringkas tetapi penuh makna dimana tak semua perkara perlu diraikan dengan acara besar, ada kalanya detik kecil bersama insan tersayang juga wajar diraikan, apatah lagi jika ditemani hidangan lazat.
‘Set Chill & Set Santai’, pilihan sempurna untuk ‘me time’ atau catch-up
Sempena kempen ini, dua set dine-in istimewa diperkenalkan untuk tempoh terhad.
Set Chill menampilkan 2 keping kek dan 2 minuman terpilih, manakala Set Santai pula merangkumi 1 keping kek bersama 1 hidangan utama.

Set eksklusif ini turut boleh dipesan menerusi GrabFood untuk dinikmati di rumah.
Secret Recipe turut memperkenalkan Thai Milk Tea Cake, diinspirasikan daripada perisa teh Thai, pada harga RM13.50 sepotong dan RM105 untuk kek penuh di semua cawangan Semenanjung Malaysia.
Beli kek dan berpeluang terbang ke Thailand!
Lebih menarik, mulai sekarang hingga 31 Januari 2026, setiap pembelian sepotong Thai Milk Tea Cake memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi tiket penerbangan ke Thailand!
Cara penyertaan:
- Beli sekurang-kurangnya satu (1) keping Thai Milk Tea Cake dalam satu resit
- Imbas kod QR dan isi borang penyertaan
- Muat naik resit dan hantar penyertaan
Bonus: Ahli SR Rewards menerima satu penyertaan tambahan
Hadiah ditawarkan:
- 3 hadiah utama: Baucar perjalanan ke Thailand bernilai RM3,000 setiap satu
- 15 hadiah saguhati: Baucar tunai Secret Recipe bernilai RM200

Jadi, apa tunggu lagi? Maniskan penghujung tahun korang dengan kek, hidangan lazat dan peluang percutian impian bersama Secret Recipe. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Secret Recipe.
Lebih 28 tahun cipta memori manis bersama rakyat Malaysia
Sejak lebih 28 tahun lalu, Secret Recipe telah membuka lebih 365 cawangan di seluruh negara, menjadikannya antara destinasi pilihan utama untuk menikmati kek, hidangan utama dan minuman kegemaran.
Sama ada untuk sambutan istimewa, sesi kerja santai atau sekadar melepas penat, Secret Recipe mahu menjadi ruang selesa yang menyatukan orang ramai melalui makanan.
Menurut Patrick Sim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Secret Recipe, setiap kunjungan ke Secret Recipe mampu menjadikan hidup terasa lebih manis, sama ada untuk mengisi perut atau mencari ketenangan sambil bekerja.








