berita

9 Tahun Berkahwin, Siti Elizad Sebak Cerita Soal Zuriat – ‘Orang Tak Tahu Saya Struggle Pergi Berubat’

August 24th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Siti Elizad

Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad mendedahkan sepanjang 9 tahun mendirikan rumah tangga, dia dan suami sudah melakukan pelbagai cara serta usaha untuk mendapatkan zuriat.

Artikel Berkaitan: Sempena Ulang Tahun Kelahiran, Siti Elizad Doa Agar Dikurniakan Zuriat

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Walaupun Belum Ada Zuriat Lagi, Tapi Tidak Mengapa ..’ – Siti Elizad Sebak Dengar Ucapan Dari Suami

Struggle pergi berubat

Siti Elizad

Menerusi hantaran video di TikTok, Elizad berkata orang ramai tidak pernah tahu betapa dia bersusah payah mencuba untuk mendapatkan cahaya mata.

Sebab orang tak tahu macam mana saya struggle pergi berubat untuk ikhtiar. Ikutkan tahun depan saya dah nak masuk 10 tahun kahwin.

Orang tak tahu kita dah pergi berubat semua. Tapi itulah, mungkin belum ada (rezeki anak).

Dalam video sama, Elizad turut dilihat mengesat air matanya beberapa kali.

Pun begitu, Elizad meluahkan rasa syukur apabila keluarga mentua dan bapanya tidak pernah bertanya mengenai cahaya mata.

Tapi yang paling saya kagum adalah mentua saya atau pun bapa saya tak pernah tanya. Ibu bapa mentua saya tak pernah tanya bila nak ada anak.

Sebab kalau ikutkan dalam adik-beradik saya semua ada anak… anak yang sangat ramai tapi waktu saya, saya seorang saja tak ada. Mereka tak ada push pun.

Untuk info, Siti Elizad mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman, pada 11 Januari 2015.

Sumber: TikTok (Sinar FM)

SKIP THIS AD ×