![[VIDEO] 42 Tahun Kahwin Tanpa Zuriat, Luahan Pasangan Ini Buat Ramai Sebak – ‘Bila Dah Berumur, Kami Reda..’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/42-tahun-tak-ada-zuriat.jpg)
Tak dapat digambarkan betapa beratnya ujian yang dilalui sepasang suami isteri ini apabila tidak dikurniakan rezeki zuriat meskipun sudah 42 tahun melayari alam perkahwinan.
42 tahun kahwin tak dikurniakan zuriat
View on Threads
Menerusi video yang dikongsikan semula di Threads, pasangan berusia 74 dan 64 tahun itu menyentuh hati ramai apabila berkongsi bahawa mereka kini sudah reda menerima takdir yang telah ditentukan buat mereka.
Pasangan ini mengakui tersentuh apabila melihat seorang lelaki meminta bantuan untuk membeli susu anak dalam sebuah eksperimen sosial.
Kitorang dah 42 tahun kahwin, tak ada zuriat. Sebab tu bila makcik dengar… makcik sedih. Kami tak boleh dengar orang nak beli susu anak ke, kitorang tak boleh.
Walaupun pernah berusaha suatu ketika dahulu, dia menjelaskan usia yang semakin meningkat membuatkan mereka memilih untuk menerima ketentuan dengan hati yang terbuka.
Malah, wanita itu turut mendedahkan pernah menjalani pembedahan sebelum doktor menawarkan rawatan kesuburan, namun dia memilih untuk tidak meneruskannya kerana memikirkan faktor usia.
Mungkin dulu adalah, tapi bila dah berumur, dah redalah. Reda je. Dan jaga diri masing-masing.
Doktor kata, ‘Makcik nak buat treatment tak?’ Makcik kata tak payahlah sebab umur makcik masa tu dah 47. Sekarang kalau makcik nak buat treatment pun, nanti takut anak Down Syndrome.”m
Ditanya sama ada pernah terfikir untuk mengambil anak angkat, wanita itu menidakkan dan memaklumkan bahawa mereka selesa menjalani kehidupan berdua.
Dalam masa sama, pasangan itu mengakui sehingga kini mereka sentiasa melakukan hampir semua perkara bersama.
Ke mana-mana pun berdua. Kalau pak cik pergi mana-mana seorang, mesti orang tanya ‘Lagi seorang mana?’
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai yang mendoakan agar pasangan berkenaan terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan ganjaran terbaik atas kesabaran mereka.
Sumber: Threads








