Edika Yusof

Pelakon, Edika Yusof mengakui tiada rasa menyesal mahupun ralat sepanjang 22 tahun mendirikan rumah tangga dengan bekas isteri, Nor Hidayah Yusri.

Artikel Berkaitan: Edika Yusof Tak Tolak Takdir Kembali Rujuk, Bekas Isteri Salah Faham Tentang Talak

Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Edika Yusof Dedah Sudah Lebih 20 Tahun Jadi Mangsa Keganasan Rumah – ‘Saya Ada Bukti Gambar, Audio & Video’

Tak menyesal

Edika atau atau nama sebenarnya, Muhammmad Yusof Abdul Majid, 59, berkata, sepanjang hidup bersama, dia sudah melakukan tanggungjawabnya dengan baik sebagai seorang suami.

Tidak menyesal. Saya sudah jaga isteri daripada dia sakit terlantar sehingga dia boleh ada produk sendiri dan berdikari sekarang.

Sampaikan ada doktor-doktor di luar sana panggil saya untuk kongsikan pengalaman dan tips macam mana saya melakukannya.

Sebab penyakit yang dialami oleh bekas isteri saya ini, iaitu meningitis, 98 peratus pesakit meninggal dunia manakala dua peratus mengalami kecacatan seumur hidup.

Edika berkata demikian sejurus sah bercerai talak satu dengan isteri di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Halalkan segalanya

Dalam pada itu, Edika memberitahu, dia sudah menghalalkan segala kudrat dan keringat termasuk penat lelah serta makan minum yang diberikan kepada Hidayah.

Sebagai seorang Islam, sudah tentu saya halalkan semuanya. Saya pun tidak putus akan membantu sebab anak-anak sudah besar dan mereka ada masa depan sendiri.

Yang pakar menjaga isteri saya adalah saya. Anak-anak mungkin duduk satu rumah, hidup sama-sama tetapi yang menjaga dia adalah saya sebelum ini.

Pada Isnin, Edika telah melafazkan cerai talak satu terhadap isteri, Nor Hidayah Yusri di hadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Syed Muhammad Syahadi Syed Siksh pada pukul 10.42 pagi.

Pada 23 April lalu, Hidayah menyenaraikan 10 alasan yang menyebabkan dia membuat permohonan cerai terhadap Edika di hadapan hakim.

Kesemua sebab tersebut disifatkan perkara kritikal sehingga membuatkan rumah tangga mereka tidak dapat diselamatkan lagi.

Untuk info, Hidayah memfailkan cerai terhdap Edika pada pertengahan Februari lalu.

Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2004 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.