![[VIDEO] Isteri Sufian Suhaimi Raih Pujian, Netizen Samakan Wajah Dengan Sophia Albarakbah – ‘Tak Jemu Pandang’](https://media.ohbulan.com/2025/05/sufian.jpg)

Majlis persandingan penyanyi, Sufian Suhaimi bersama isteri, Rania Al Sadat meraih perhatian wargamaya dengan seri pasangan itu.
Artikel Berkaitan: Sufian Suhaimi Sah Bergelar Suami Rania Al Sadat
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jurusolek Nikah Puji Kulit Sufian Suhaimi Bersih, Senang Nak ‘Makeup’
Dua-dua berseri
@rania.al.sadat3 #wedding #sufiansuhaimi #sufiansuhaiminikah #fyp #raniaalsadat #fyppppppppppppppppppppppp #fypdddddddoooooonnnnnngggg #nikah ? suara asli – Natta | Wardah – NattaWardah
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Sufian dan Rania dilihat mengenakan busana songket berwarna biru cair pada majlis malam bersanding.
Pada video yang berdurasi 7 saat itu, Raniah meraih pujian daripada wargamaya dengan rupanya yang dikatakan seiras pelakon Sophia Albarakbah.
Difahamkan, busana yang menjadi pilihan pasangan itu merupakan rekaan daripada pereka busana pengantin terkenal, Inderaloka.
Cantik isteri




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji isteri kepada pelantun lagu ‘Di Matamu’ itu memiliki kecantikan yang tidak jemu mata memandang. Selain itu, warganet turut tumpang gembira dengan perkahwinan Sufian dan Rania.
Sumber: TikTok @RaniaAlSadat







