Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed Shahid berang dengan segelintir warganet yang bertindak menularkan video isterinya, Fatin Syazwani yang tidak mengenakan hijab baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Video ‘Freehair’ Isteri Tular, Prince Syed Tampil Beri Penjelasan – ‘Anak-Anak Main Telefon, Mereka Buka Draf TikTok & Post’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Prince Syed Bersuara Netizen Pertikai Pergi Hospital Kerajaan Selepas Jatuh Longkang – ‘Servis Bagus, Bukan Kami Sengkek’

Penjelasan Prince Syed

https://www.tiktok.com/@its.cikutak/video/7497712952494017799?_r=1&_t=ZS-8vvMWagbBj8

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Prince Syed menjelaskan kejadian sebenar yang berlaku ketika anaknya menggunakan telefon bimbit.

Anak saya buka TikTok, agaknya dia rindukan kami sebab kami tinggalkan dia. Kami berdua pergi ke sebuah program pada hari itu.

Ibu saya yang tolong jagakan anak kami dan nampak dia sedang bermain telefon. Jadi ibu saya pun terfikir perkara yang sama.

Rentetan itu, kakak kepada Prince Syed bergegas pulang ke rumah untuk memadam video berkenaan.

Tak jangka pula benda akan terjadi. Ketika kejadian ibu saya tak angkat telefon dan tak pandai menggunakan TikTok.

Kakak saya tinggalkan majlis yang dihadirinya semata-mata sebab nak balik dan padam video itu.

Macam mana anak pandai buka TikTok, itu saya tak tahu sebab dia tak pernah buka. Selalunya kalau dia buka mesti di hadapan kami.

Berang dengan netizen

Dalam masa yang sama, Prince Syed dilihat tidak dapat menahan sabar dengan menyifatkan segelintir warganet cetek akal kerana menularkan maruah isterinya.

Ia tidak disengajakan, tapi kenapa awak semua gatal repost dan viralkan? Bodoh!

Saya bodoh juga tapi tidaklah seteruk netizen.

Sumber: TikTok