Usahawan El Azman menyifatkan pempengaruh dan YouTuber terkenal, Aisar Khaled seorang yang jujur.

Artikel Berkaitan: ‘Semoga Allah Mudahkan, Doakan Ya’ – Aisar Khaled

Artikel Berkaitan: Aisar Khaled Dilaporkan Polis Indonesia, Didakwa Gagal Lunaskan Kontrak RM1.3 Juta

Aisar Khaled seorang yang jujur

View on Threads

Menerusi hantaran di Threads, El Azman atau nama lengkapnya Mohd Hilmi Che Azman berkata dia pernah bekerja dengan Aisar dan mengenali sendiri sikap serta peribadi pempengaruh tersebut.

Saya pernah kerja dengan @aisar_khaledd . Apa yang saya kenal tentang dia, dia seorang yang jujur dan memang suka memberi kadang-kadang tanpa saya suruh pun dia buat.

Menurut El Azman, masyarakat hari ini dilihat terlalu mudah mengkritik dan menghukum seseorang tanpa mengetahui perkara yang dilalui individu tersebut.

Zaman sekarang ramai sangat cepat mengkritik, mengomel dan menghukum orang. Tapi bila buka profile sendiri, kita tertanya… apa yang dia sedang bina?

Senang untuk komen hidup orang. Susah untuk berada di tempat orang, buat sesuatu, jatuh, bangun dan terus memberi.

Dalam pada itu, El Azman mengingatkan orang ramai supaya tidak melupakan kebaikan seseorang hanya kerana tidak menyukai individu berkenaan.

Kita boleh tak suka seseorang, tapi jangan sampai kita lupa kebaikan yang pernah dia buat.

Saya bercakap berdasarkan apa yang saya sendiri pernah lihat dan lalui bersama dia.

Sumber: Threads El Azman