Selepas tular isu keluarga, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya memberi respon berkenaan kontroversi yang melibatkan isterinya, Datin Seri Shahida dan pelakon, Rebecca Nur Al-Islam.

Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Kongsi Pandangan Tentang Keluarga Toksik – ‘Saya Percaya Ada Ibu Bapa Suka Minta Duit Anak’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahida Sambut Ulang Tahun Kelahiran Aliff Syukri Secara Sederhana, Siap Pesan – ‘Dah Tua Perangai Elok Sikit’

Bukan drama semata-mata

Dalam perkongsian di Instagram, Aliff, 38, menyatakan perkara yang berlaku bukanlah sesuatu yang direka dan perlu dihentikan dengan segera.

Aliff yang enggan masalah ini berlanjutan berkata dia sayang akan keluarganya.

Saya merayu kepada semua blogger dan wartawan untuk bantu saya menghentikan segala yang viral di media sosial.

Cukup-cukuplah apa yang berlaku kepada keluarga saya kebelakangan ini. Ini bukan sesuatu yang mengembirakan atau konten drama.

Saya sayang keluarga saya, mak saya. Keluarga kita unik tapi penuh kasih sayang mereka, semua sayang mak walaupun kami bukan satu bapa tapi kami satu ibu.

Dalam pada itu, Aliff mengakui dia kini berada dalam situasi sukar kerana tersepit dengan masalah yang melibatkan ramai pihak keluarganya.

Sebenarnya, saya sudah sedaya upaya untuk menutupi segala masalah yang berlaku kepada keluarga kami.

Saya sebagai anak, abang, suami turut tersepit dalam keadaan ini malah sukar untuk saya luahkan apabila melibatkan ramai orang.

Kepada orang luar tolong jangan berlebihan dan mohon hormati. Mak saya dah tua dan mempunyai anak remaja serta cucu.

Malah adik-beradik saya yang masih remaja dan mentah perlu melalui kehidupan di mana ibu bapa bercerai.

Mereka terpaksa menerima orang baru dan mereka tidak menolak tetapi ia tidak mudah. Hanya yang mengalami sahaja yang tahu perasaannya.

Tertekan dengan perkara berlaku

Aliff turut berkongsi secara jujur bahawa dia gembira apabila ibunya, Rozita Ibrahim membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga semula.

Namun Aliff tidak menafikan perkara yang berlaku itu turut memberi kesan kepadanya.

Pada awalnya saya gembira sangat mak nak berkahwin dengan masalah yang ditanggung, tapi bila apa yang berlaku saya turut tertekan.

Mungkin saya nampak gembira ketika saya buat live tetapi sebaliknya, tetapi demi melihat ibu saya gembira dan saya tahu itu adalah pilihannya.

Saya akur yang penting ibu bahagia.

Jujurnya ditelan mati mak dimakan mati bapa.

Banyak benda ini saya kongsikan tetapi saya rasa tidak manis untuk saya kongsikan di sini.

Cukuplah apa yang saya rasakan untuk saya simpan untuk diri saya sahaja.

Terdahulu, Rebecca tampil menjawab dakwaan mengatakan dirinya mahu menumpang populariti perkahwinan abangnya bersama Bonda Rozita Ibrahim apabila sering memuat naik gambar dan video mereka bersama.

Apa yang mencuri perhatian ialah, pelakon filem Keramat itu turut memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dan dipercayai suara tersebut adalah milik isteri Aliff iaitu Shahida.

Tidak terhenti di situ, pelakon tersebut turut menyifatkan individu yang melemparkan dakwaan itu sebagai seorang yang tidak mempunyai akal.

Sumber: Instagram