Seorang lelaki didakwa melakukan serangan seksual terhadap beberapa ekor anjing betina selepas videonya tular di laman media sosial.

Artikel Berkaitan: Angkara Cinta Tak Berbalas, Wanita Dirogol & Digilis Kepala Sebelum Mayat Jadi Juadah Anjing Liar

Artikel Berkaitan: Gadis OKU Ditemui Berb*gel Dalam Bilik Air, Dirog*l ‘Pak Long’

12 anjing

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan NDTV, suspek yang dikenali sebagai Naushad itu merupakan pembekal bagi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) haiwan yang ditubuhkan di New Delhi, India.

Difahamkan, Naushad ditahan di kawasan Kailash Nagar selepas NGO haiwan itu memfailkan aduan terhadapnya.

Video lelaki itu menyerang anjing secara seksual tular di medial sosia.

Dalam video itu, Naushad dipukul oleh orang ramai dan sempat bertanya kepadanya, berapa ekor anjing yang telah menjadi mangsa rogolnya.

Berikutan itu, pihak NGO mendakwa suspek telah merogol lebih daripada 10 ekor anjing betina.

Bagaimanapun, siatan lanjut akan dijalankan oleh pihak berkuasa bagi mengesahkan dakwaan tersebut.

Sumber: NDTV, X @HDPhobiaWatch