![[VIDEO] Buat Trend ‘Velocity’, Netizen Tegur Gerakan Tangan Ebit Lew – ‘Bukan Ke Simbol Tu Tak Boleh Guna? Ustaz Mungkin Lebih Arif’](https://media.ohbulan.com/2025/04/ebit-lewww.jpg)

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila menyertai trend popular TikTok, “Velocity Challenge” bersama ahli keluarganya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ebit Lew Ziarah Mak Wan Latah, Netizen Sedih Tengok Keadaan Terkini – ‘Tolonglah Bantu Dia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ebit Lew Puji Aisar Khaled Jaga Solat, Netizen Tak Terkejut Rezeki Melimpah Ruah – ‘Dia Jaga Hubungan Dengan Allah’
Ustaz Ebit buat trend Velocity
@ustazebitlew velocity raya raya.Nak duit raya. . #velocity #fyp #fyp?? ? suara asli – ???? ft ?? – ?ptranofps
Trend velocity merupakan trend melibatkan gerakan tangan pantas dan tersusun mengikut rentak muzik, kemudian disunting dengan perubahan kelajuan video bagi mencipta kesan dramatik serta estetik.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, ramai yang memuji keterbukaan Ustaz Ebit dalam mengikuti trend di platform media sosial.
Namun begitu, dalam kalangan warganet, timbul juga teguran berkenaan gerakan tangan yang dilakukan dalam video tersebut, yang didakwa menyerupai simbol tangan berkait dengan fahaman satanic atau isyarat tangan illuminati.
Maaf ustaz, bukankah simbol itu tak boleh kita gunakan? Maaf kalau saya salah, tapi tak salahkan kalau saling mengingatkan.
Namun begitu, ramai juga mempertahankan Ustaz Ebit dengan menyatakan bahawa isyarat tangan yang digunakan mungkin merujuk kepada “I Love You” dalam bahasa isyarat (sign language) dan bukannya lambang yang dimaksudkan.
Wallahu’alam, ustaz Ebit mungkin lebih arif. Tapi lebih baik kita semua saling menasihati dalam kebaikan.
Ustaz Ebit dah tukar cara gerakan tangan..yang tak boleh buat simbol macam simbol satanic tu.
Selain tu cube Google juga simbol kuno atau iluminati or satanic symbols
Itu bergantung kepada bagaimana anda menafsirkannya. Yang paling penting adalah niat. Jika sekadar hiburan, tiada masalah.
Dalam Islam juga digalakkan untuk menjaga akidah dan menjauhi unsur-unsur syubhah, walaupun dalam bentuk hiburan.







