![[VIDEO] Ebit Lew Ziarah Mak Wan Latah, Netizen Sedih Tengok Keadaan Terkini – ‘Tolonglah Bantu Dia’](https://media.ohbulan.com/2025/03/WhatsApp-Image-2025-03-12-at-6.09.57-PM.jpeg)

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew berkesempatan menziarah pelakon vateran, Mak Wan Latah di kediamannya, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Mak Wan Latah Menangis Tiada ‘Job’ – ‘Mungkin Ada Kaitan Dengan Kontroversi Dulu’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Serang Sebab Dia Ludah’ – Bekas Pembantu Peribadi Mengaku Pernah Pukul Mak Wan Latah
Keadaan terkini

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, dapat dilihat keadaan Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud sukar untuk berjalan.
Ebit di ruangan kapsyen mendoakan aktres berusia 64 itu terus diberikan kesihatan yang baik.
Ziarah Mak Wan. Allahukakbar. Dulu bawa Mak Wan pergi Umrah. Katanya rindu sangat.
Mak Wan kata jika ada job apa-apa, boleh bagi dekatnya. Semoga Mak Wan terus kuat dan sihat ya, Allah sayang Mak Wan.
Ebit juga dilihat menghulurkan sumbangan dipercayai wang kepada Mak Wan bagi meringankan bebannya.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen turut bersimpati dengan nasib Mak Wan dan mendoakan urusanya dipermudahkan.
Sebelum ini, Mak Wan mendedahkan sudah lama tidak menerima tawaran berlakon dan mengalami masalah kewangan.
Sumber: Instagram








![[VIDEO] Khairul Aming Dedah Doa Ibu Di Sebalik Kejayaan, Seru Sokong Minat Anak – ‘Jangan Bangga Dengan Kejayaan Atas Kertas’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/KA-26.jpg)