Tindakan isteri pertama kepada pempengaruh media sosial, Abang Tesla iaitu Kak Maj yang memuat naik gambar photoshoot raya seorang diri menyorot perhatian netizen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jarang Kongsi Momen Bersama Kedua Isteri, Abang Tesla Nafi Dah Bercerai – ‘Mereka Untuk Dilindungi, Buat Apa Nak Tunjuk’

Artikel Berkaitan: Netizen Tanya Betul Ke Cinta Sama Rata? Abang Tesla Jawab – ‘Rasa Cinta Lebih Kepada Isteri Yang Tak Banyak Buruk Sangka Pada Suami’

‘Apa masalah kalau dia pergi seorang?’

Menerusi beberapa foto yang dimuat naik di TikTok memaparkan pemilik nama Nurmajdina Jamari bergambar sendirian di studio tanpa kelibat sosok suaminya, Abang Tesla atau nama lengkapnya, Muhammad Khal Iltizam Yusry, 30.

Perkongsian tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai spekulasi netizen dan salah seorang pengikut telah meninggalkan komen dengan bertanya keberadaan suami Kak Maj.

Komen netizen –  Kenapa seorang? Kan ada laki.

Susulan daripada itu, Khal tampil memberi penjelasan menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok.

Aku tak faham dengan kaum hawa ni, apa benda yang mereka tak puas hati dengan aku.

Bini aku shoot gambar raya seorang? Apa masalahnya kalau dia pergi seorang.

Jelas Khal lagi, isteri pertamanya itu melakukan sesi fotografi seorang diri adalah kerana komitmen kerja.

Dah dia dapat paid review tu sorang-sorang, takkan aku nak masuk. Kalau aku masuk, dah harga lain.

Dalam pada itu, Khal juga berharap agar orang ramai tidak mempersoalkan keberadaannya sebaliknya perlu tahu bahawa dia tetap menjalankan tanggungjawab terhadap isteri-isterinya dengan memberi nafkah.

Yang mana bertanya aku dekat mana, kenapa tak ada dengan Kak Maj semua. Korang tak perlu tahu lah, yang korang perlu tahu aku bagi nafkah dekat dia. Semuanya cukup.

Terdahulu, Abang Tesla mengumumkan sudah bernikah sekali lagi dengan wanita bernama Nursyafiqa pada Ogos 2023.

Video

@abg.tesla Replying to @Mimiey Tamidi Sebab boleh dik.. Sapa nak dapatkan lemang sedap dan murah boleh singgah kat depan taman UTHM ni @Lemang King #lemang ? original sound – ABG.TESLA

Sumber: TikTok Abang Tesla