Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa membidas dakwaan netizen yang mengatakan dia dengan sengaja mahu memaparkan anaknya, Bilal pandai mengaji di media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Pernah Cuba Ponteng Terawih Beberapa Kali, Lebih Suka Ibadah Tengah Malam – ‘Haris Akan Ceramah Saya’

Artikel Berkaitan: Neelofa Syukur Dikurniakan Haris Sebagai Suami – ‘Saya Hargai Komitmen, Dedikasi Awak Dalam Perkahwinan Kita

Spontan je

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata perkara itu berlaku secara spontan dan berada di luar kawalannya.

Alhamdulillah pertamanya, banyak komen yang sangat negatif dan toksik.

Pertama sekali, saya tidak tunjuk atau menunjuk anak boleh baca dan hafal Al-Quran. Itu terjadi spontan, dia datang baca masa saya menjawab persoalan pengikut saya yang tanya tentang Al-Quran di IGs.

Neelofa menjelaskan perkara itu selepas netizen mengatakan dia mahu menunjuk kepandaian anaknya dalam membaca Al-Quran.

Kongsi dalam senarai kawan je

Ujarnya, sekiranya dia menunjukkan dengan betul cara bacaan Bilal pasti netizen yang meninggalkan komen negatif akan terdiam.

Dalam pada itu, Neelofa turut memohon netizen untuk tidak memberi komen negatif tentang perkara itu terutamanya di bulan Ramadan ini.

Kalau saya betul-betul tunjuk macam mana Bilal dengan Al-Quran, menangis rasanya yang komen negatif itu. Itu pun saya hanya kongsi dalam senarai kawan sahaja.

Janganlah komen tidak baik sangat bulan puasa ini. Tidak pasal-pasal saya dapat pahala percuma. Terima kasih.

Sumber: Instagram