![[VIDEO] Ridzuan Ridzokumura Rindu Nak Pegang Tangan Akiko, Netizen Sifatkan Bertuah Banyak Rakam Kenangan Bersama](https://media.ohbulan.com/2025/03/akiko-omura-1.jpg)

Selepas beberapa minggu pemergian arwah isteri, usahawan Ridzuan Ridzokumura meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap Akiko Okumura.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Macam Dalam Dunia Sendiri, Muka Nampak Letih’ – Tular ‘Live’ Terakhir Akiko Okumura, Luah Hasrat Bertemu Tun Mahathir & Isteri
Artikel Berkaitan: ‘Sky Kata Kenapa Tuhan Ambil Mak Dia Masa Umur Dia 13 Tahun’ – Ridzuan Ridzokumura
‘Rindu nak pegang arwah…’

Ridzuan berkongsi rasa sedih itu menerusi hantaran video di Instagram miliknya pada Ahad.
Video yang dimuat naik memaparkan Akiko sedang menyediakan makanan untuk mereka sekeluarga.
Ya Allah, rindunya nak pegang tangan arwah. Jasamu tidak dapat aku balas.
Al-fatihah, syurgalah tempat mu wahai kekasihku…
Perkongsian sayu Ridzuan menyorot perhatian netizen yang rata-ratanya turut terkesan dengan pemergian Akiko.
Ruangan komen dipenuhi dengan rasa sayu dan segelintir mereka juga meluahkan rasa rindu mahu melihat siaran langsung (live) Akiko.
Dalam pada itu, netizen turut menyifatkan ada baiknya Ridzuan sering merakam setiap momen bersama arwah kerana boleh dikenang pada masa akan datang.
‘Kami turut rindu arwah’

Sumber: Instagram







