![[VIDEO] Disentuh Tanpa Henti, Aisar Khaled Dah Mula ‘Fed Up’ Dengan Peminat Indonesia? – ‘Rimasnya Tengok’](https://media.ohbulan.com/2025/03/AisarDahRimas_.jpg)

Di TikTok, tular satu video memaparkan pempengaruh terkenal, Aisar Khaled sewaktu hadir untuk memberikan bantuan ke sebuah kawasan di Indonesia, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aisar Khaled Usaha Tidak Bersentuhan, Netizen Simpati Sebab Tetap Dipegang – ‘Dia Tak Mahu Orang Kecil Hati’
Dah mula rimas?
@eliyanna007 @AisarKhaledd @AisarSultanMalaysia #viraltiktok #aisarkhaledd #aisarsultanmalaysia #batamtiktok #fyppppppppppppppppppppppp ? suara asli – eliyanna?
Menerusi video yang dimuat naik @eliyanna007, Aisar atau nama sebenarnya Aisar Khaled Kamel dilihat tidak mengendahkan peminatnya terutama sekali golongan wanita yang begitu dekat berdiri dengannya.
Bukan itu sahaja, pempengaruh berusia 25 tahun juga sempat menepis tangan peminat yang tanpa henti menyentuhnya sambil membuat memek muka rimas.
‘Fed up’ dengan keadaan itu, Aisar kemudiannya mengeluarkan telefon bimbit daripada kocek seluar sambil bercakap dengan seseorang tanpa mengambil peduli peminat-peminatnya.
Komen netizen



Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya beranggapan Aisar sudah mula tidak selesa dengan layanan diberikan peminatnya di sana.
Untuk makluman, nama Aisar mula menjadi fenomena di Indonesia selepas menyertai satu pertandingan tinju antara pempengaruh di sana pada Disember tahun lalu.
Populariti Aisar kian melonjak sehingga digelar ‘Sultan Malaysia’ oleh masyarakat di sana selepas kerap memuat naik konten berkongsi rezeki sewaktu mengelilingi Indonesia.
Sumber: TikTok








