Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B meraih perhatian netizen apabila dilihat lancar membaca surah Ad-Dhuha.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zahiril Adzim Sambung Bacaan Surah Al-A’laa Terima Pujian – ‘Masa Solat Selalu Baca, Ingatkan Saya Tentang Dunia Hanya Sementara’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lancar Baca Surah Al-Kahfi, Netizen Puji Ibu Bapa Fattah Anas – ‘Pandai Ayah Ibu Mendidik’

Surah Ad-Dhuha

@quputehtomatohq Cikb amalkan surah dhuha dari umur 7 tahun sampai sekarang hari hari baca , insyallah rezeki luar biasa & sentiasa di mudahkan segala urusan. #fyppppppppppppppppppppppp #masukberandafyp #masukberandagak #masukberanda #masukfypdong #cikb #cikbhavoc #masukberandafyp? ? original sound – EMPAYAR DATO SERI VIDA

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 19, sedang membaca surah Ad-Dhuha pada seorang pelayan di sebuah restoran.

Difahamkan, Cik B mengamalkan surah tersebut seawal umurnya 7 tahun.

Cik B amalkan surah ini dari umur 7 tahun sampai sekarang, hari-hari baca.

Innsya-Allah rezeki luar biasa dan sentiasa dimudahkan segala urusan.

Anak yang baik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Cik B yang mengikut sikap ibunya yang suka membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Selain itu, warganet turut mendoakan pelantun lagu ‘Kami Budak Gen Z’ itu dipermudahkan segala urusan.

Sumber: Tik Tok @EmpayarDatoSeriVida