

Pernah menjalin hubungan cinta, pelakon Emma Maembong mendedahkan sifat aktor Zizan Razak yang kuat merajuk.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Emma Maembong Enggan Kongsi Punca Cerai, Masih Jaga Hubungan Baik Dengan Bekas Suami – ‘Kami Berpisah Bukan Kerana Orang Ketiga’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kakak Tampil ‘Back Up’ Emma & Chacha Maembong – ‘Kau Tak Ada Buat Salah Apa-Apa’
Kuat merajuk

Emma atau nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, 32, berkata, sewaktu mereka bercinta, Zizan sering merajuk dan tidak tahu cara memujuk.
Kepada Zizan Razak jangan kuat merajuk. Sebab kalau awak dan pasangan awak kuat merajuk siapa nak pujuk?
Perempuan dah la suka merajuk, tapi kalau awak pun kuat merajuk, tiada siapa nak saling memujuk.
Macam dulu, saya yang kena pujuk dia. Sebab itu tiada perempuan yang melekat, sebab dia buat tak tahu kalau perempuan merajuk.
Emma berkongsi perkara itu menerusi sepotong video di TikTok Hijabista Hub.
Dalam perkongsian sama, Zizan mengakui perkara tersebut dan memberitahu sehingga kini masih tidak pandai memujuk pasangan.
Ya, saya masih.
Sebelum ini, satu Malaysia mengetahui mengenai hubungan cinta antara Emma dan Zizan.
Namun, perkata itu menjadi sejarah dalam lipatan industri seni apabila masing-masing membuat haluan sendiri.
Sumber: TikTok






![[VIDEO] Khairul Aming Nasihat Farah Dina Rancang Kerjaya, Kewangan – ‘Tak Nak One-Hit Viral, Kita Nak Sustain Lama’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/IMG_6309.jpeg)
