Isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida berkongsi cara dia dan suami mendidik anak-anak supaya lebih terbuka dan mudah bergaul dengan orang sekeliling.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bukan Butik Mewah Jadi Pilihan, Shahida Selesa Beli Baju Anak-Anak Secara Online – ‘Nampak Mahal Tapi Murah’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Betul Anak Saya Sakit Macam Itu, Saya Sanggup Dermakan Tulang Sumsum’ – Shahida

Cara Shahida, Aliff Syukri didik anak

View on Threads

Menerusi hantaran di Threads, Shahida berkata dia dan suami akan membawa anak-anak setiap kali menghadiri majlis kenduri dan tidak membenarkan mereka tinggal di rumah.

Mama dengan Papa ni jenis kalau pergi kenduri anak anak wajib angkut ya. 

Tak ada istilah anak nak tinggal la nak tidur dekat rumah la nak tengok TV taknak ikut la. 

Menurutnya, pendekatan itu dilakukan supaya anak-anak terbiasa bergaul dengan orang ramai dan saudara-mara, sekali gus tidak kekok atau malu apabila bertemu orang lain.

Bukan apa, mama dengan Papa nak anak anak ni biasa dengan orang, selesa dengan saudara mara. 

Ajar untuk mesra tak ada lah nanti bila keluar jumpa orang nanti kekok, malu la segan la.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendekatan didikan yang diterapkan pasangan ini dalam membentuk anak-anak mereka.

Sumber: Threads