Ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, mencuri perhatian ramai apabila memberikan pandangannya mengenai hubungan anaknya dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bella Ni Comel, Saya Tak Tahu Pil Apa Dia Makan’ – Syed Saddiq

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abang Syed Saddiq ‘Restu’ Hubungan Dengan Bella Astillah – ‘Saya Kenal Adik Saya, Jarang Nampak Dia Gembira Macam Ni’

‘Macam Romeo dan Juliet’

@raegnarae #livespacedollahdenganmama #livespacedollah #syedsaddiq #bellaastillah #kataibusyedaaddiq #fenomenBASS ? original sound – Raegna

Ketika menjawab soalan pengikut ketika bersiaran langsung di TikTok Space Dollah, Sharifah Mahani secara berseloroh menyamakan hubungan anaknya dan Bella seperti kisah Romeo dan Juliet.

Macam Romeo dan Juliet

Tengok pada sikapnya yang sanggup berenang dari satu penjuru ke satu penjuru, dengan emak dia pun dia tak pernah buat, tak pernah berenang, tak pernah naik gunung atau naik apa.

Jawapan tersebut diberikan susulan tularnya sebuah video yang memaparkan Syed Saddiq berenang di lautan menuju ke arah Bella. Perbuatan itu mencuri perhatian ramai sehingga ada yang menganggap ahli politik itu benar-benar sedang dilamun cinta.

Sementara itu, apabila ditanya mengenai pandangannya terhadap bekas isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu, Sharifah Mahani menyifatkan Bella seorang wanita yang baik dan cantik.

Bella seorang yang baik, rupa paras dan kelembutan ada. Tapi setiap manusia kita kena berwaspada, setiap kecantikan yang ada tak kekal selamanya.

Belum mengenali secara mendalam’

@raegnarae #livespacedollah #livespacedollahdenganmama#pendapatibuYBSStentangBella #jawapanibuybsstentangbella#bellaastillah #syedsaddiq #fenomenaybssbellaastillah ? original sound – Raegna

Walaupun begitu, ibu kepada empat orang cahaya mata ini mengakui bahawa dia belum berkesempatan mengenali Bella dengan lebih rapat. Menurutnya, pertemuan mereka sebelum ini hanya berlaku secara singkat ketika dia berkunjung ke rumah anaknya.

Saya belum mengenali Bella. Masa mama pergi rumah Saddiq, terserempak dengan Bella. Cuma dapat cakap dalam 15 minit, belum mengenali secara mendalam.

Walau bagaimanapun, Sharifah Mahani mendoakan agar anak lelakinya itu dipertemukan dengan jodoh yang baik.

Kita berdoa supaya Saddiq dapat seorang yang boleh menyayangi dan baik. Itu bukan perkara yang saya boleh tentukan, itu Saddiq sendiri. Tapi mudah-mudahan dapat yang terbaik dan menyesuaikan diri.

Mereka memang nampak rapat rapi hidup ini adalah satu lakonan, biar Allah yang tentukan.

Sharifah Mahani sempat berseloroh meminta Saddiq agar tidak “melangkah bendul” dan memberi laluan kepada abangnya terlebih dahulu.

Saddiq, kalau Saddiq dengar..jangan langkah bendul Saddiq. Biar abang dulu.

Sejak kebelakangan ini, keakraban dan kemesraan Bella dan Syed Saddiq menjadi perhatian netizen malah ramai yang ‘merestui’ sekiranya hubungan tersebut di bawa ke fasa yang lebih jauh.

‘Hidup satu lakonan’

@sabrinabee78 Mama YB’s words of wisdom??? #vitamin #terbaru #bellaastillah #syedsaddiq #motivation #BASS #sabrinabee ? original sound – ??????? ????24434

Sumber: TikTok