![[VIDEO] ‘Ameera Tutup Dulu’ – PU Riz Tegur Adik Ipar Terselak Tudung, Netizen Puji Nasihat Diberi Dengan Sopan & Lembut](https://media.ohbulan.com/2024/11/pu-riz-ameera-2.jpg)

Cara pendakwah bebas, PU Riz menegur adik iparnya Ameera Khan dalam pemakaian menutup aurat telah meraih perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: PU Riz Tegur Kenyataan Individu Mengaku Lebih Selesa Tak Bertudung – ‘Kita Buat Dosa Tapi Jangan Nafi Apa Yang Disuruh Allah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Nak Pakai Tudung, Saya Tidak Mahu Membukanya Lagi’ – Ameera Khan
Teguran Hariz & Neelofa
@palingviraldimalaysia #lmk #neelofa #littlemisskhan #naelofar #nunha #ustazharis #supportnunha #supportnaelofar #bella #jubahnunnha #jubahumrah #tiktok1111shoppingchallenge
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Neelofa bersama Ameera dan PU Riz sedang mempromosikan jualan jubah.
PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail kemudian bertindak menegur Ameera selepas adik iparnya itu menyelak tudung untuk menerangkan tentang jubah yang digayakan.
Ameera tutup dulu..tak mengapa tunjuk dekat bahagian ini (bawah).
Ameera yang mengenakan jubah berwarna merah itu kemudian berkata, penonton mungkin akan sukar untuk melihat.
Tapi tak nampak la abang kalau tunjuk macam tu.
Dalam nada berseloroh, Neelofa memberitahu adik perempuannya itu bahawa PU Riz sebenarnya sedang menegur supaya dia tidak mendedahkan aurat.
Abang ipar kau tak kasi kau buka tudung.
Doakan Ameera

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji pendakwah berusia 29 tahun itu yang bersikap sopan ketika menegur adik iparnya.
Dalam masa yang sama, mereka juga mendoakan agar Ameera dapat menutup aurat dengan sempurna suatu hari nanti.
Suka dengar Hariz tegur, tak marah-marah dan tegur dengan lembut.
Yang kecam, macam inilah mereka menegur dalam kelembutan. Jauh dihati mereka berharap dia berubah.
Ameera pun tak melawan bila ditegur. Neelofa pernah beritahu Ameera akan diam bila dimarah.
Tak apa, kita doakan Ameera jadi macam Neelofa, hidayah milik Allah.
Sumber: TikTok







![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)