berita

[VIDEO] ‘Kita Duduk Di Dunia Seperti Orang Fakir & Lemah Kerana Akan Sentiasa Meminta Kepada Allah’ – Neelofa

January 1st, 2024 | by Alia
Kini Trending

neelofa ilmu

Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa baru-baru ini telah dijemput menjadi salah seorang panel dalam satu majlis ilmu dipercayai di sebuah universiti tempatan.

Artikel Berkaitan: ‘Memang Spesis Yahudi Laknatullah, Saya Tak Halal’ – Neelofa Amuk, Wajah & Suara Diguna Scammer Untuk Promosi Pakaian Dalam

Artikel Berkaitan: Neelofa Syukur Bilal Pandai Kira Nombor, Kenal Huruf & Baca Surah-Surah Pendek Pada Usia Setahun 10 Bulan

Fakir dan lemah

neelofa ilmu

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dilihat sedang berada di atas pentas bersama panel yang lain untuk menyampaikan perkongsian ilmu.

Menurut usahawan berusia 34 tahun ini, kebergantungan kepada Allah SWT adalah perkara penting yang perlu ada pada setiap muslim walaupun telah dilimpahi dengan rezeki.

Biarlah kita duduk di atas dunia ini seperti orang yang fakir dan orang yang lemah kerana orang yang lemah akan sentiasa meminta-minta dengan Allah SWT. Bila kita lemah kita akan sentiasa nak bergantung kepadaNya.

Dua perkara ini kita pegang, sejauh mana kejayaan kita, sebanyak mana pun harta kita di atas dunia..sentiasa ingat, ‘aku fakir dan nak meminta pertolongan kepadaNya’.

Dalam masa yang sama, ibu kepada dua orang anak ini juga menekankan bahawa setiap muslim perlulah mempunyai ‘mindset’ seperti itu supaya dapat menghindarkan dari sikap riak.

Kalau kita berfikir begitu, susah nak rasa besar diri atau bangga diri sebab lemah dan fakir. Apabila kita dah ada semua benda, kita akan terfikir apa lagi yang tak ada dan nak minta.

Tetapi kalau kita sentiasa ingat sebenarnya kita masih fakir dan lemah, kita akan cuba usaha untuk sentiasa meminta walaupun sekecil-kecil benda.

@drnrz8

?? #bidadarisyurga

? original sound – Peach – Peach

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×