Di Aplikasi X, seorang pemuda yang dikenali sebagai Jat Ikhwan berkongsi pengalaman ngeri yang menimpa abangnya selepas digigit kucing kesayangannya.

Artikel Berkaitan: Wajah ‘Hancur’ Digigit Anjing 800 Kali, Wanita Gembira Teman Lelaki Tetap Setia

Tangan berlubang

Menerusi ciapan tersebut, Jat menjelaskan gigitan daripada kucing itu telah menyebabkan abangnya dimasukkan ke dalam wad akibat jangkitan kuman.

Menurut Jat lagi, dia juga tidak menyangka gigitan kucing itu begitu merbahaya sehingga boleh menyebabkan tangan abangnya bengkak.

Tak pernah tahu gigitan kucing boleh jadi sebahaya begini.

Semalam abang aku kena gigit dengan kucing aku, mungkin disebabkan kucing aku tak kenal dia atau cara abang aku mungkin tidak betul menyebabkan dia digigit dengan agak dalam.

Sampai berlubang dan kena masuk wad buang air bisa. Kesian weh tak pasal pasal.

Terpaksa kurung kucing

Akibat daripada insiden itu, Jat memaklumkan dia terpaksa mengurung kucingnya kerana bertindak terlalu agresif.

Sebab dia nakal sangat gigit orang sampai kena masuk wad, terpaksalah kurung dia dalam sangkar dan tak bebas buat sementara waktu.

Masalahnya dengan aku dia okay saja.

Sumber: Aplikasi X