Apa kriteria paling penting untuk bergelar influencer? Sudah semestinya boleh ‘mempengaruhi’ orang lain. Jadi, cabaran kali ini memang sangat berkait rapat dengan cara peserta #watsonsmti mempengaruhi followers mereka. Malah, mungkin juga untuk memancing followers baru!
Wajah-wajah Top 12 #watsonsmti
Ha, ada tak peserta favourite korang tersenarai dalam top 12 ni? Kalau ada, tahniah diucapkan dan teruskan menyokong peserta kegemaran korang.
Cabaran ke 4 Paling Susah? Betul ke?
Ha, untuk cabaran kali ni peserta diberi PROMO CODE tersendiri dan kena pastikan followers dan supporters di IG menggunakan promo code ini sebanyak yang mungkin di Watsons online store sebelum 30 Oktober 2018.
Peserta boleh hebahkan promo code ni dalam posting hashtag #watsonsmti #watsonsmalaysia dan #ohbulan. Serta peserta kena pastikan jangan lupa untuk mention @ohbulanofficial dan @watsonsmy. Promo code peserta yang paling banyak digunakan akan layak untuk ke peringkat seterusnya.
NOTE: Promo code ni sah hanya di ONLINE STORE Watsons sahaja! Click link untuk ke Watsons Online Store http://bit.ly/2ShMSGK
Nah, ini beberapa peserta yang dah buat cabaran 4!
Jangan lupa untuk ke laman Instagram OhBulan (@ohbulanofficial) dan Watsons Malaysia (@watsonsmy) untuk mengetahui segala update terkini. Mana tahu, peserta yang anda sokong boleh menang kan?