Foto kredit: Tempo.co

Disabitkan kesalahan membunuh kawan baik sendiri pada tahun 2016, Jessica Kumala Wongso akhirnya mendapat pembebasan bersyarat, semalam.

Artikel Berkaitan: Gelak & Tersenyum Bila Ditanya Mengenai Si Mati, Gadis Pilih Cara ‘Spontan’ Bunuh Kawan Baik Sendiri

Dia nak makan sushi

Foto kredit: Detik News

Menurut peguam yang mewakili Jessica iaitu Otto Hasibuan, kliennya itu mahu makan sushi selepas keluar dari penjara.

Kami akan membawa Jessica makan tengah hari dulu, dia kata nak makan sushi.

Tambah Otto, pihaknya masih lagi menguruskan urusan pentadbiran berhubung pembebasan bersyarat Jessica. Ujar Otto lagi, dia berharap proses pentadbiran tersebut berjalan dengan lancar supaya Jessica boleh kembali kepada keluarganya.

Dari pejabat pendakwa raya, urusan pentadbiran dan akan dihantar ke Bapas, proses terakhir nanti di Bapas.

Difahamkan, Jessica mendapat pengampunan selama 58 bulan 30 hari.

Sekadar info, Jessica terbukti bersalah meletakkan racun sianida seberat 15 gram ke dalam kopi kawanya iaitu Wayan Mirna Salihin. Pada 27 Oktober 2016, Jessica dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun.

Sumber: Detik News