

Pelakon, Sharnaaz Ahmad mencuri perhatian apabila memuat naik gambarnya bersama pelakon jelita, Amelia Henderson menerusi Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: Aedy Ashraf Pilih Amelia Henderson Sebab Peribadi Baik, Bukan Cantik Semata – ‘Saya Rasa Selamat & Tenang’
Dah macam pengantin
View this post on Instagram
Menerusi hantaran tersebut, Sharnaaz dilihat mengenakan baju Melayu berona hitam duduk bersebelahan Amelia yang mengenakan busana pengantin.
Hey you Amelia Henderson. Lulus?
Difahamkan, gambar tersebut diambil ketika sesi penggambaran sebuah filem terbaharu arahan Syafiq Yusof yang bertajuk ‘Blood Brothers’.
Namun, apa yang mencuri perhatian ialah pelakon tampan yang meningkat naik, Aedy Ashraf dilihat turut memberikan responnya di ruangan komen.

Menerusi ruangan komen tersebut, Aedy dengan beraninya berseloroh mahu mengajak Sharnaaz ‘sparring’ berdua kerana memuat naik gambar bersama Amelia.
Sekadar info, Aedy dan Amelia dikatakan mula menjalin hubungan cinta ketika digandingkan bersama menerusi drama ‘Kisah Cinta Kita’ yang ditayangkan di TV3 pada November 2021.
Aedy kemudiannya melutut dan melamar Amelia untuk menjadi kekasihnya secara terbuka di sebuah festival makanan pada Mac 2022.
Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad






![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)