![[VIDEO] Ibu Kongsi Kebijaksanaan Amelia Henderson – ‘Terkejut Awak Baru 10 Bulan Dah Boleh Bercakap’](https://asset.ohbulan.com/2026/05/amelia-4.jpg)
Ibu kepada pelakon dan pengacara, Amelia Henderson iaitu Jaya Rudralingam tampil berkongsi bahawa dia mula menyedari kebijaksanaan anaknya itu sejak kecil apabila sudah mula bercakap seawal usia 10 bulan.
Artikel Berkaitan: Amelia Henderson Bangga Dengan Jenama Lokal – ‘Saya Anak Malaysia, Sudah Tentu Akan Sokong’
Artikel Berkaitan: Amelia Henderson Kagum Dengan Semangat ‘The Helmis’, Beri Inspirasi Kepada Ramai Orang – ‘Doa & Ingatan Kami Bersama Mereka’
Terkejut Amelia boleh nyanyi di usia kecil
Menerusi sebuah podcast bersama Studio Sembang, Jaya berkongsi bahawa ketika dia dan Amelia hanya berdua di dalam bilik tidur, dia memasang cakera padat (CD) dan terkejut apabila terdengar anaknya itu menyanyikan lagu ‘We Will Rock You’ nyanyian Queen.
Bila saya dapat awak, saya rasa awak sangat pandai.
Saya terkejut sebab awak baru berusia 10 bulan dah boleh bercakap.
Bila saya tidur, saya akan mainkan satu CD, satu hari itu lirik lagu yang dimainkan adalah ‘We will, we will rock you.’
Saya terdengar dan pelik, ‘Siapa punya suara itu?’
Pada waktu itu, saya hanya berdua dengan awak dalam bilik.
Jadi saya nampak awak sedang menyanyi, saya sangat terkejut.
Berkongsi lanjut, dia turut terkejut apabila ayat pertama yang dituturkan Amelia ketika berusia setahun adalah dalam Bahasa Melayu iaitu, ‘Ada kucing di pintu belakang’.
Bila awak dah masuk usia setahun, ayat pertama dalam bahasa Melayu yang awak sebut adalah, ‘Ada kucing di pintu belakang’.
Itu apa yang awak sebutkan.
Sumber: TikTok








