Kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) makin terasa. Kami pasti ramai tidak sabar menanti persembahan hebat daripada 12 finalis yang bakal bertanding. Jika tahun lepas Jampi dendangan Hael Husaini menjadi juara, tahun ini milik siapa pula?
Yang paling best, AJL33 tahun ini menjanjikan sesuatu yang menarik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ha apa tu?
Tiket sold out!
Buat pertama kalinya, produksi Anugerah Juara Lagu menjual tiket kepada orang ramai serendah RM25 sehingga RM55. Paling mengejutkan apabila tiket bagi aras Arena sold out dalam masa satu jam sahaja.
Oleh itu, produksi telah menjanjikan persembahan AJL33 kali ini setaraf konsert mega. Selain menonjolkan 12 lagu terbaik yang dibawakan barisan penyanyi hebat, konsert ini turut dimantapkan dengan kemunculan bintang legenda seperti Search dan Nico G!
Medley lagu AJL 33 Calip Buskers power!
Dalam masa enam hari sahaja, medley lagu AJL33 daripada Calip Buskers ini mendapat hampir 700k tontonan. Paling tak sangka kesemua ahli band rupa-rupanya boleh menyanyi!
Gabungan medley daripada kumpulan ini membuatkan netizen tidak sabar dan teruja!
De Fam bawa ‘Bunga’
Siapa ingat persembahan Altimet tahun lepas? Aksi yang bertenaga dan menghiburkan dari Altimet melayakkan Amboi menang kategori Persembahan Terbaik.
Namun kali ini, De Fam pula diberi tanggungjawab membawakan lagu Bunga di pentas akhir AJL33. Buat pengetahuan korang, De Fam bakal mencipta rekod AJL tersendiri sebagai kumpulan wanita pertama beraksi di pentas AJL dalam genre hip hop.
Comeback & penampilan pertama ‘otai’
Kami pasti, antara persembahan yang paling dinanti-nantikan mestilah daripada ‘otai’ Siti Sarah, Misha Omar, Dayang Nurfaezah, Siti Nordiana dan Jaclyn Victor.
Buat pengetahuan korang, ini merupakan penyertaan pertama Siti Sarah dalam Anugerah Juara Lagu. Manakala comeback Misha Omar pula dikatakan ‘menjadi’ apabila single terbaru layak ke peringkat akhir.
Lagu Hits & OST drama popular
Kalau anda perasan, setiap kali melihat drama pasti lagu memainkan peranan penting. Bak kata orang, tanpa lagu tidak lengkaplah sesebuah drama itu. Setuju tak?
AJL33 tahun ini sangat sesuai buat kaki drama memandangkan kebanyakan lagu bertanding merupakan OST drama. Antara paling hits tahun lepas adalah Lagu Tak Pernah Hilang nyanyian Amylea dan Kaer soundtrack drama popular ‘Nur’ lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli.
Korang rasa siapa yang akan menang?
Jadi korang rasa lagu mana yang akan dinobatkan sebagai Anugerah Juara Lagu untuk tahun ini?
Jangan lupa saksikan AJL 33 bersiaran secara langsung Ahad, 3 Februari ini jam 9 malam di TV3! AJL 33 juga boleh ditonton secara langsung menerusi portal video www.tonton.com.my
Yang dah beli tiket, jumpa korang di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur Ahad ini!