berita

‘Saya Hormati Privasi Ayah Kepada Engku Aleesya’ – Erra Fazira

September 26th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

erra engku emran

Aktres Erra Fazira tampil bersuara selepas namanya terkait dengan perceraian bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin dengan usahawan, Noor Nabila.

Artikel Berkaitan: ‘Yang Belum Kahwin Jangan Sembang Kuat Sangat’ – Engku Emran

Artikel Berkaitan: Teka Teki Terjawab, Noor Nabila & Engku Emran Bakal Bercerai

Jangan sebar fitnah

Engku Aleesya

Menerusi hantaran di Instagram Story, Erra menegaskan dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perangai sebenar Emran seperti yang Kini Hangat muat naik di Facebook.

Kata aktres berumur 49 tahun itu, dia memberi ruang serta menghormati privasi Emran dan Nabila.

Jangan macam ini. Nak sensasi pun, jangan buat fitnah! Saya tidak pernah memberi sebarang komen sebegini! Saya hormati privasi ayah kepada anak saya dan pasangan.

Dalam pada itu, pemilik nama Fazira Wan Chek turut mengingatkan orang ramai untuk tidak begitu cepat menghukum kerana perjalanan hidup masing-masing belum pasti indah.

Jangan persendakan perjalanan hidup seseorang bila mana kita sendiri tidak tahu nasib dan perjalanan kelak.

Pada Isnin, Nabila dan Emran sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, jam 12.51 tengah hari.

Sekadar info, Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac tahun lalu.

Sebelum itu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.

Manakala, Emran pernah berkahwin dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Dia juga pernah berkahwin dengan aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

SKIP THIS AD ×