Setelah persembahan Di Matamu di Anugerah Juara Lagu 33 meraih persembahan terbaik dan mendapat pujian ramai, bermacam pula cerita melanda Sufian Suhaimi.
Beberapa keping foto miripnya yang dilihat bersama seorang gadis viral di laman sosial. Ada yang berpendapat isu itu sengaja ditimbulkan untuk mensabotaj kemenangannya.
Tak terkejut
Sufian menerusi Harian Metro mengatakan foto viral bersama wanita misteri berkenaan disebarkan dengan unsur khianat kepadanya.
Sejujurnya saya berasa ralat dengan perkara ini. Dalam masa sama, saya tak terkejut. Saya berasakan ini bukan satu isu besar dan tak perlu pun diperbesarkan.
Kalau boleh berhenti beri perhatian pada isu ini. Tak nak ia jadi fokus orang ramai. Biarkan ia berlalu begitu saja.
Sedangkan ada perkara lebih gembira ingin dikongsi. Nampak sangat ini lebih kepada perbuatan khianat.
Masih solo
Ujar Sufian yang sudah mendapat tontonan lebih 5 juta menerusi persembahan di AJL itu, dia memilih untuk tidak terlalu mengambil ‘port’ mengenai isu ditimbulkan.
Lagi dilayan lagi panjang isu ini. Jadi, cara terbaik adalah baik biarkan saja.
Tambahnya lagi, dia dan wanita dalam foto berkenaan tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa dan menegaskan dia boleh berkawan dengan sesiapa sahaja.
Sampai sekarang saya masih solo. Saya berhak untuk berkawan dengan sesiapa saja.
Sumber: Harian Metro