berita

‘Kami Gembira Dengan Kehidupan Sendiri’ – Ira Kazar Kongsi Video, Syamsul Nombor Satu Dalam Hati

August 26th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

ira kazar syamsul

Sebelum ini, Ira Kazar pernah memuat naik gambar suami tercinta, Syamsul Yusof yang merupakan seorang pengarah terkenal. Terbaru, Ira dilihat berkongsi rakaman video ‘sweet’ di Instagram Story.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tomato Bakar Punca Bergaduh Dengan Netizen, Ira Kazar ‘Block’ Akaun Sebab Koyak?

Artikel Berkaitan: ‘Dalam Seminit Saja Post Gambar Dengan Syamsul, Selepas Itu Ira Kazar Padam’

Bahagia bersama

Syamsul Yusof

Menerusi hantaran tersebut, Ira memaparkan momen bahagia bersama Syamsul. Meskipun video itu tidak jelas, Syamsul yang memakai kemeja bercorak bunga-bunga dengan topi dilihat sedang berjalan sambil berjoget.

Senyuman manis juga terukir di bibir pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof.

Dalam entri itu, anak kepada pelakon senior Kazar Saisi turut menyatakan mereka kini sedang bahagia menjalani fasa sebagai suami dan isteri.

Kami gembira dengan kehidupan kami sendiri. Sayang awak Encik Suami.

Pada 5 Januari lalu, Syamsul mengaku sudah berkahwin Ira atau Faghirah Kazaruddin di Thailand.

Selepas lima bulan, kemelut rumah tangga Syamsul dengan bekas isteri pertama, Puteri Sarah Liyana akhirnya berakhir apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×