Terpalit dengan kontroversi pada hujung tahun lepas, pelakon yang juga bekas juara Dewi Remaja 18/19, Haneesya Hanee kini bangkit semula untuk membuktikan bahawa dia sememangnya layak berada di dalam industri seni.
Bersempena ulangtahun kelahiran yang ke-19 pada 11 Februari lalu, dia nekad untuk memberikan sepenuhnya komitmen dan fokus pada kerjaya seninya, di samping berharap peminat tidak lagi mengungkit kisah silamnya.
Officially 19
https://www.instagram.com/p/BtuiIbenMUu/
Menerusi akaun Instagram Haneesya, dia berkongsi video mengenai kejutan hari ulangtahun kelahirannya di Vortex Hotel Suites & Residences KLCC bersama keluarga, rakan dan peminatnya.
Cantiknya Haneesya
https://www.instagram.com/p/Btui8g_n80k/
Haneesya kelihatan sungguh gembira apabila dikelilingi orang yang selalu memberi sokongan buat dirinya. Antara insan utama di belakangnya ialah Nor Sakuraneeda, ibu kepada Haneesya.
Sayang Ibu
https://www.instagram.com/p/BtujczTndX1/
I will always have your back
https://www.instagram.com/p/Btx78-HnCBf/
Sentiasa di belakang awak merupakan ungkapan yang cukup bermakna buat dirinya tambahan ungkapan tersebut dari seorang ibu. Dia bersyukur mempunyai ibu yang boleh terima dan menyayanginya walaupun pernah melakukan kesilapan.
Tali persahabatan
https://www.instagram.com/p/BtxU9ueH2-D/
Kejujuran, kesetiaan, kasih sayang, kegilaan dan sentiasa ada merupakan kunci persahabatan bagi dirinya.
Tidak sedih lagi
https://www.instagram.com/p/BtzZL-PHn7J/
Sumber: Haneesya Hanee