Siapa sangka melalui permainan video PUBG, pasangan dari Mesir ini berjaya mengikat tali pertunangan mereka.
Menerusi laman Twitter, lelaki yang dikenali sebagai Nourh Al-Hashish berkata, dia bertemu dengan gadis pujaannya ketika bermain permainan tersebut.
Kami akhirnya di sini
Perkongsian mengenai majlis pertunangan yang berlangsung pada 10 Februari lalu di Zagazig, Mesir jelas menunjukkan betapa gembiranya dia dan pasangan.
Hampir 14k like dan 3k retweet diterima selepas gambar tersebut dikongsikan. Netizen juga turut mengucapkan tahniah dan menzahirkan rasa gembira kepada pasangan tersebut.
Reaksi pengikut Twitter
Antara ucapan tahniah daripada netizen dan ada juga yang mengharapkan mereka menemui jodoh sama seperti situasi dirinya.
Komen lucu
Kelucuan salah seorang netizen juga mendapat perhatian apabila individu tersebut retweet mengenai ‘selama lapan bulan main PUBG, hanya ayam untuk makan malam saja yang dia dapat, itupun tidak benar’.
Inspirasi
Kisah mereka berdua juga turut menjadi inspirasi buat netizen.
Sumber: Twitter Nourh Al-Hashish