Gara-gara berang perlu menjaga bayinya sendirian, seorang lelaki di China tergamak memukul anaknya itu berkali-kali hingga mendatangkan kecederaan.
Bukan itu sahaja, lelaki tersebut juga difahamkan merakam tindakannya itu sebelum menghantar video tersebut kepada isterinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Dakwa Pihak Hospital Jatuhkan Bayi Dua Bulan Hingga Retak Tulang Kepala, KKM Akan Buat Siasatan Terperinci
Berang jaga anak sendirian
Memetik laporan South China Morning Post (SCMP), lelaki yang dikenali sebagai Deng itu dilihat memukul bayinya itu sebanyak 30 kali dalam masa 30 saat.
Deng kemudiannya dilihat terus-menerus memukul bayinya itu sehingga wajahnya menjadi merah dan bengkak.
Dalam pada itu, hasil siasatan dibuat pihak berkuasa bandar Zhanjiang mendapati Deng berbuat demikian kerana berang perlu menjaga anak kecilnya itu sendirian selepas isterinya meninggalkannya.
Difahamkan video tersebut dihantar pada isterinya agar wanita tersebut kembali semula kepadanya selepas mereka bertengkar sekitar sebulan yang lalu.
Kini Deng ditahan pihak polis bagi membantu siasatan dan anaknya itu dijaga oleh pihak berkuasa tempatan.
Sumber: SCMP