Seorang lelaki yang berpakaian coverall jingga dipercayai kru kapal bekalan luar pesisir (offshore supply vessel) ditemui mati tergantung di sisi kapal dekat Pelabuhan Kemaman, Kemaman, semalam.
Foto berkenaan viral di laman sosial dan menimbulkan tanda tanya netizen yang bersimpati dengan si mati sehingga mengambil keputusan sebegitu.
Disedari kapten kapal
Kejadian itu disedari kapten kapal yang ternampak seorang manusia berpakaian seragam tergantung di bahagian sisi kapal itu.
Kapten kapal berkenaan kemudiannya menghubungi pegawai keselamatan di Pelabuhan Kemaman pada 2.45 petang untuk memaklumkan kejadian.
Ketika kejadian, kapal berkenaan berada di kawasan bersauh (anchorage area) pada jarak kira-kira 2.5 batu nautika dari Kemaman.
Baru 3 hari bekerja
Kru yang ditemui mati itu dipercayai mengalami masalah kemurungan dan baru sahaja tiga hari bekerja di kapal berkenaa. Lelaki 38 tahun yang berasal dari Sarawak itu ditemui rakan sekerjanya tergantung di sisi kapal berkenaan kira-kira 1.30 tengah hari.
Menurut sumber Harian Metro, sebelum kejadian, mangsa sempat bermesyuarat berkaitan hal kerja bersama kru lain di kapal itu.
Bagaimanapun, selepas 30 minit, seorang kru melihat lelaki itu yang berpakaian seragam tergantung di sisi kapal sebelum memaklumkannya kepada kapten kapal.
Kapten kapal berkenaan menghubungi pihak pengurusan pelabuhan sebelum mereka menghubungi polis, pada 2.29 petang.
Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai melilit seutas tali di lehernya sebelum terjun kira-kira 10 meter dari kapal berkenaan. Jerutan kuat menyebabkan leher mangsa dikatakan hampir putus. Usaha pihak kapal untuk menaikkan mayat pula menghadapi masalah kerana keadaan laut bergelora.
Sumber: Harian Metro