
Hantaran terbaharu pempengaruh Ahmad Aslam yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya telah menyorot perhatian.
Artikel Berkaitan: Suami Abby Abadi Titip Kata-Kata Semangat Untuk Marissa – ‘Sangkar Ngeri Terungkai Sudah..Doa Mama Tak Pernah Lekang Di Bibir’
Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah’ – Abby Abadi Syukur Kemelut Rumah Tangga Marissa Dania Akhirnya Selesai
Luahan Aslam?

Menerusi hantaran di Instagram Story, Ahmad Aslam atau nama lengkapnya Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 27, berkongsi sebuah foto sejambak bunga.
Namun, yang menarik perhatian adalah kata-kata ringkas yang ditulis pada hantaran tersebut.
Ada yang menilai terlerainya sangkar, namun tidak pernah tahu mengapa burung memilih terbang.
Cukuplah mengisi bekal untuk hari esok, bukan mencari cela di halaman orang.
Bagaimanapun, Aslam tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai hantaran tersebut dan tidak mendedahkan kepada siapa kata-kata itu ditujukan.
Terdahulu, peguam syarie mewakili Aslam iaitu Muhammad Ammar Yaser mengesahkan status pempengaruh itu bukan lagi suami kepada Marissa Dania Hakim.
Sebelum itu, Aslam memfailkan pengesahan lafaz cerai dan rujuk pada 10 Mac lalu selepas melafazkan lafaz cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya sebanyak dua kali iaitu pada September 2024 dan rujuk pada bulan sama.
Aslam kemudian melafazkan cerai buat kali kedua pada April tahun lalu dan pasangan itu difahamkan kembali rujuk, dua bulan kemudian.
Kemelut rumah tangga Marissa menjadi perhatian apabila dia dilapor berkahwin dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Menerusi perkahwinan itu, Marissa bergelar isteri kedua berikutan Aslam masih berstatus suami kepada pempengaruh, Umisya Mazlan.
Sumber: Instagram Aslam








![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)