Sejak rumah tangga antara pelakon Aliff Aziz dan Bella Astillah mula goyah, pelakon lelaki itu tidak memberikan sebarang komen. Malah, Aliff hanya meminta diberikan ruang untuk berbincang bersama keluarga sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Sebelum ini Bella Astillah mendakwa suaminya itu telah berlaku curang bersama Oktovia Manrose di sebuah kelab malam, tempoh hari.
Menerusi Harian Metro pelakon tersebut telah mengaku kesalahan yang dilakukannya dan menganggap semua yang terjadi berpunca dari dirinya sendiri.
Saya mohon maaf
Menerusi Harian Metro, Aliff mengakui dirinya merupakan punca kepada semua yang berlaku dan perkara sebenar sudah terbukti. Dia ingin memohon maaf kepada semua dan mengakui dirinya memang bersalah mengenai kontroversi melanda dirinya apabila didakwa berlaku curang terhadap isterinya Bella.
Isteri saya sudah lalui macam-macam. Saya memberikan masalah kepadanya. Saya berasa sangat bersalah terhadapnya.
Nak caci, maki hamun saya silakan. Cuma, jangan komen apa yang anda tidak tahu.
Cuba betulkan semula keadaan
Katanya, dia sedang cuba membetulkan semula keadaan dan masalah rumah tangganya.
Soal hubungan dan rumah tangga saya dan isteri, biar saya yang selesaikan. Banyak perkara yang perlu dibuat dan diperbetulkan. Kesilapan saya pada Allah, biar saya uruskan. Kesalahan pada ibu bapa, itu tanggungjawab saya.
Sesi live di Instagram
Aliff juga mengadakan sesi live di Instagramnya. Menurutnya, live yang dibuat bukan untuk menegakkan benang yang basah.
Saya bukan nak cakap siapa yang salah. Malah banyak artikel keluar dan Via (Oktovia) pun sudah minta maaf dan tidak menafikan apa yang berlaku. Memang kami yang bersalah.
Sekarang, saya cuba untuk ‘move on’ dengan apa yang berlaku. Saya juga mahu minta maaf kepada seluruh keluarga saya. Adik-beradik saya juga marahkan saya kerana menjadi punca umi (mak) saya dihentam netizen.
Aliff juga menafikan dakwaan segelintir pihak mendakwa status dimuat naik ibunya di laman sosial adalah untuk menutup kesalahan dirinya.
Apa yang umi muat naik bersifat menyeluruh. Tidak ada kaitan langsung dengan Bella, malah jauh sekali nak menutup kesalahan saya.
Saya lebih tahu umi macam mana. Kalau apa yang saya buat salah, dia akan tegur dan marah. Apabila, status berkenaan menimbulkan persepsi berbeza daripada netizen, ini yang perlu saya betulkan.
Kasihan umi kena hentam dan kritik gara-gara status itu. Kalau ikutkan dia halang saya daripada membuat sesi live perkara ini. Dia cakap, biarlah orang nak cakap apa mengenainya.
Saya sudah luahkan semuanya
Dia tidak kisah jika selepas ini orang ramai masih terus bercakap mengenai dirinya terutama kontroversi yang berlaku.
Selepas ini, nak cakap apa, cakaplah. Saya sudah luahkan semuanya apa yang saya rasa. Selepas ini saya tidak mahu memberikan sebarang komen lagi. Insya Allah, selepas ini segalanya berjalan baik.
Sumber: Harian Metro