Penyanyi, Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi tampil menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya hubungan dia dan isteri sedang berantakan.
Kami tak bergaduh
Menurut Mawi, isu ini bermula apabila isterinya, Ekin tidak dapat hadir bersama ketika majlis pelancaran sebuah filem di ibu kota, baru-baru ini. Jelas Mawi, mereka berdua tidak bergaduh dan Ekin mempunyai sebab tertentu untuk tidak hadir majlis berkenaan. Tambahnya, pada masa tersebut Ekin berada di Johor Bahru. Mawi juga berharap isu ini tidak dipanjang-panjangkan oleh netizen.
Alhamdulillah 13 tahun kami bersama. Semalam baru sahaja kami keluar jalan-jalan sambil makan ais krim. I love you my ‘masyhur sang sakti’.
Di Instagram, Mawi turut meluahkan rasa syukur kerana usia perkahwinannya sudah memasuki tahun yang ke-13. Ujar Mawi, dia berkesempatan membawa isteri dan anaknya bersiar-siar, semalam. Terdahulu, Ekin akui mengalami tekanan dan mental breakdown apabila sering diajukan soalan mengenai hal rumah tangga. Menurut Ekin, semuanya baik-baik sahaja. Ekin turut berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang sering bertanya mengenai keadaan kesihatannya.
Mawi dan Ekin mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Cahaya Malaika.
Sumber: Mawi